Bukan Untuk Seorang



BUKAN UNTUK SEORANG
(Nukilan: Dalin LienDa Winda)


Sepetang aku
Bertandang
ke sebuah warung
Aku minta disaji
Semangkuk cendol pulut

Aroma dan ramuannya
Memikat pancaindera
Belum kuhirup
Namun sudah menggiur rasa

Angin menjamah pipi
Cendol membasahi tekak
Nyaman

Saat aku
Menghirup nikmat
Ada manusia lain
Kenyang  menelan liur
Sedangkan perutnya
sedang menangis


Kita selalu terlupa
Tentang itu
Mari ke mari
Kita sama-sama kenyang
Kerana nikmat 
bukan untuk seorang
Nikmat  dikongsi 
dengan orang

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO