Posts

Ku Bersujud

Tibanya malam Kuhamparkan sejadah Lalu rukuk sujud kepada-Mu Berbicara dengan-Mu Ingin aku bertanya Mencari jawapan Tentang rahsia hidupku Cuma Engkau Yang Maha Mengetahui Syahdu dan tenang Itu yang aku rasakan Saat dan tika itu Walau air mata begitu deras Membasahi pipi Sungguh aku hamba yang berdosa Ada kalanya khilaf Ada kalanya alpa Dalam dunia yang fana Biarpun rahsia perjalanan hidupku Tak kutahu Aku mohon pada-Mu Dengan serendah-rendah darjatku Terimalah taubatku Semoga hidayah ini Tak pergi menjauhi aku Dan aku tetap di jalan-Mu Hasil Nukillan: Dalin LienDa Winda

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2013

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M (SILA KLIK PADA NEGERI UNTUK PAPARAN WAKTU IMSAK DAN BERBUKA) NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA JOHOR MELAKA NEGERI SEMBILAN SELANGOR PERAK PULAU PINANG KEDAH PERLIS KELANTAN TERENGGANU PAHANG SABAH SARAWAK WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA LABUAN   SUMBER: JAKIM Selamat menjalani ibadah puasa.

Blessed Ramadhan.Nyawa dan semangat ada dalam perut.

Assalamualaikum.. Hari pertama puasa ramadhan 2013 weyy..excited abis..sebab?sebabnya..nyawa dan semangat lien ada dalam perut ni.Kekuatan dan semangat luar biasa nak puasa dan menunaikan ibadah lain pada bulan ramadhan ni bersama chenta hati dalam perut ni tak terungkap dengan kata-kata.Ramadhan kali ni jugak ramadhan pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Lien terbaca artikel ni kat berita harian terbitan ahad lepas macam mana ibu mengandung trimester pertama ni nak berpuasa dengan sukses.So boleh lah share ngan korang kan tips tuk berpuasa. Pelan cadangan puasa tuk wanita hamil (oleh Dr Nurhazinat Mohamed Yunus ) : Waktu bersahur: Amalkan makanan yang seimbang dan menyihatkan.karbohidrat komplek spt kurma dan bijirin amat bagus ketika bersahur.makanan terbaik ialah makanan yg membekalkan tenaga spt nasi dan roti.Minum 3 gelas air termasuk segelas susu Waktu berbuka: Minum air dan berbuka dgn makanan yg menyihatkan terutamanya mengandungi protein s

Senyuman Yang Hilang

Tika mentari terbit   pagi Hati ini tidak lagi segirang dahulu Kesepian bertakhta menjadi pengganti Waktu ketika dahulu bibir ini sentiasa tersenyum Bersama keletah manja yang bukan dibuat-buat Namun kini, Senyuman ini sudah lama pergi Senyuman ini sudah lama menghilang Berharap senyuman ini akan kembali Kembali menyeri dan menghiasi hidup Tatkala mentari terbit lagi Diiringi harapan setinggi langit Berharap sinarnya mampu menyimbah kegelapan Dan semoga senyuman yang terukir Bukan hanya di hadapan lensa kamera Tapi juga lensa hati Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda 

Bakal Mummy dan Selamat Hari Ibu

Image
Assalamualaikum... Telah selamat diijabkabulkan pada 30.3.13 Terima Kasih Tuhan Gambar-gambar di atas tu mukadimah entry.hehehe.. Thanx to all yg wish..yang terkejut pun ada.Semuanya berlalu dengan cepat.Cepat sgt kan kan. Time frame keje lien sepanjang May ni memang bz dan memerlukan lien banyak bergerak sana sini.Alhamdulillah.Usia kandungan lien baru beberapa minggu dan mungkin tak cukup kuat lagi..Doakan semoga anugerah ini mampu bertahan dan membesar dengan sihat.Bakal menjalani kehidupan 9 bulan 9 hari. Walaupun lien belum bersedia tuk manjadi seorang ibu dan tak menjangka secepat ni,lien anggap ni adalah anugerah,rezeki   dan amanah.Lien patut rasa happy.Ramai yang menginginkannya bertahun-tahun pun tak dapat lagi.So lien bersyukur.Lien memang tak layak tuk jadi mummy beliau tapi lien akan cuba jadi mummy yang terbaik tuk beliau..cahaya mata lien.Semoga lien dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.Sayang sokmo. Sempena Hari Ibu pada 12 May 2013,Lie

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE