Sangkar
Bola mata menusup ke luar jendela Kesayuan menjengah ke segenap ruang Menjadi belantara hati yang kosong Sepi menghuni hati Patah sayapku termangu Tak mampu terbang bebas lagi Terpenjara dan terkurung Salahku atau takdirku Kerana aku dipilih dan memilih Tuk menjadi penghuni sangkar ini Bingung dan pasrah Semoga nanti akan lahir dari hatiku Siulan yang tulus Mencipta melodi terindah Tuk pemilik sangkar ini Maka wujudlah bahagia jiwa Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda