Posts

Serakan semangat baru

Tanganku kau genggam erat Kita bersama mendongak Melihat serakan bunga api Yang bertebaran di dada langit Percikan penuh warna warni hanya sesaat menghiasi langit Tapi keindahannya terpahat Takkan pernah terpadam Percikan revolusi  yang membara Menguatkan azam yang kita bina Diiringi doa Terus cekal kita bersama Melewati hari baru dan masa mendatang Semoga impian kita terlaksana Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Jangan kau hampiri aku

Kau datang menghampiriku Membisikkan kata hasutan Merasuk amarahku Memecah belahkan aku dan dia Memanduku ke jalan yang sesat Meracuni akal fikiranku menjadi penderhaka sepertimu Alangkah lemahnya aku Terpedaya dan tertipu Oleh perangkapmu Jangan kau hampiri aku lagi Wahai iblis yang durjana Ya Tuhan  Lindungilah aku Tetapkanlah aku teguh berada di jalan-Mu Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Kabus Putih

Di sebalik kabus putih Tersembunyi  seraut wajah Terlukis indah senyuman di bibirnya Sang bayu sangat setia membelai helaian rambutnya Dan rahsia hatinya pula Tersimpan rapi Umpama kubu besi  yang sukar ditembusi Hari berganti hari Serakan putih memenuhi dimensi dirinya Masih menyelimuti hatinya Mengaburi pandangan mata   Entah siapa yang sudi Menyelinap kabus putih Tuk sampai ke hatinya Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

I My Me Mine

Image
Assalamualaikum Pic di atas antara komen rakan-rakan facebook lien tentang diri lien.Appreciate sangat.Mungkin rakan-rakan menilai lien setelah kenal lien,menilai secara luaran,ataupun penilaian melalui pemerhatian.Ada satu komen yang menarik perhatian lien daripada Razzi Rahman iaitu 'Battle Field'.Srupo tajuk game 'battle field'.hehehe.Lien tak pernah main game tu.Mungkin lepas ni boleh try main game tu. Sometimes kita kena suruh orang nilai diri kita.Sebab kadang-kadang kita sendiri pun tak kenal diri kita.Dan mungkin juga ada yang kita terlepas pandang. Sikap terlalu merendah diri tak bagus,sikap terlalu bangga diri pun tak bagus.Sederhana lagi molek dop gitu? Yang mana dop elok tu lien akan perbaiki,yang elok akan lien kekalkan. Apa yang lien tahu tentang diri sendiri? Attitude/perangai/perwatakan lien yang tak boleh blah: 1.Takut kucing (nampak kucing tu macam harimau,terjerit-jerit sampai satu kampung boleh dengar) 2.Merajuk no satu 3.

Mutiara kata 1

Image
Tidak rugi kita membahagiakan orang di sekeliling kita Amatlah rugi jika kita adalah penyebab  penderitaan orang di sekeliling kita Tinta Dalin LienDa Winda

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE