Posts

Showing posts with the label Puisi

Serakan semangat baru

Tanganku kau genggam erat Kita bersama mendongak Melihat serakan bunga api Yang bertebaran di dada langit Percikan penuh warna warni hanya sesaat menghiasi langit Tapi keindahannya terpahat Takkan pernah terpadam Percikan revolusi  yang membara Menguatkan azam yang kita bina Diiringi doa Terus cekal kita bersama Melewati hari baru dan masa mendatang Semoga impian kita terlaksana Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Jangan kau hampiri aku

Kau datang menghampiriku Membisikkan kata hasutan Merasuk amarahku Memecah belahkan aku dan dia Memanduku ke jalan yang sesat Meracuni akal fikiranku menjadi penderhaka sepertimu Alangkah lemahnya aku Terpedaya dan tertipu Oleh perangkapmu Jangan kau hampiri aku lagi Wahai iblis yang durjana Ya Tuhan  Lindungilah aku Tetapkanlah aku teguh berada di jalan-Mu Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Kabus Putih

Di sebalik kabus putih Tersembunyi  seraut wajah Terlukis indah senyuman di bibirnya Sang bayu sangat setia membelai helaian rambutnya Dan rahsia hatinya pula Tersimpan rapi Umpama kubu besi  yang sukar ditembusi Hari berganti hari Serakan putih memenuhi dimensi dirinya Masih menyelimuti hatinya Mengaburi pandangan mata   Entah siapa yang sudi Menyelinap kabus putih Tuk sampai ke hatinya Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Rahsia Cinta

Bait-bait puisi tercipta mengungkap keindahan cinta Cinta yang boleh dirasa Dan rasa itu tersimpan Di satu sudut yang paling dalam Tanpa sesiapa pun dapat meneka Di ruang mana terletaknya rasa itu Menyentuh sekeping hati tanpa siapa dapat mengetahui bagaimanakah  bentuk dan rupa hati itu Cinta juga ibarat kaca Seandainya kaca itu terjatuh Berantakan pecah berkecai semuanya Dan serpihan-serpihannya bisa mengguris menjadi luka Demi sesungguhnya Cinta itu milik Tuhan Mencintai Tuhan melebihi segalanya Menjadi penamat pencarian cinta Mengungkap  segala makna dan rahsia  Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Tiada lagi badai

Kau hadir tawarkan cinta Menabur harapan setinggi  langit Menghampar kasih seluas lautan Membuai dengan hembusan bayumu Dan aku terus hanyut Aku lemas di lautan gelora Dihempas ombak badai Lalu terdampar  di persisiran duka Nafasku seakan lelah Dan nadiku seolah-olah  mahu berhenti  berdenyut Bila kelopak mata yang terpejam Ku buka seluas-seluasnya Masih ada lagi cinta yang lebih tulus Sedang tersenyum di depan mata Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda 

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE