10 Filem Terbaik Raikan Penonton RTM Aidilfitri Ini



Meskipun banyak pilihan program diberikan kepada penonton khas sepanjang sambutan Aidilfitri ini, namun hakikatnya penggemar filem tempatan mahu pun filem luar negara pastinya ternanti-nantikan sama ada filem kegemaran mereka tersenarai menerusi saluran televisyen raya ini. 

Sepanjang lima hari berturut-turut, RTM menerusi saluran TV2 turut sama menjanjikan tayangan 10 filem tempatan, dan antarabangsa yang tidak pernah bosan ditonton berulang kali yang disiarkan berturut-turut mulai 5 hingga 9 Jun 2019.

Tajuk filem dipilih iaitu ‘Dubai My Love’ , ‘Chowrasta’, ‘Azura’, ‘Kaabil’, ‘An Evening In Paris’, ‘Sethupathi’, ‘Ola Bola’ dan ‘London Has Fallen’. Istimewa kepada semua juga tayangan filem ‘Surga Yang Tak Dirindukan’ pada 5 Jun ini, dan esoknya, 6 Jun, disiarkan ‘Surga Tak Dirindukan 2’. Kedua-duanya menemui penonton pukul 8.30 malam. 

DUBAI MY LOVE’ (5 JUN, 2.00 PETANG)
Pelakon : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Ben Ali dan Puteri Najuwa.
Sinopsis : Mengisahkan Amar yang terpaksa menanggung malu selepas kekasihnya Balqis tidak muncul di hari perkahwinan mereka. Berikutan itu, Amar membawa diri ke Dubai untuk memulakan hidup baru dan ketika di sana dia bertemu dengan Maryam. Walau bagaimanapun saudara Balqis, Fazleena telah datang melawatnya mengingatkan Amar kepada Balqis dan menguji cintanya kepada Maryam.


‘SURGA YANG TAK DIRINDUKAN’ (5 JUN, 8.30 MALAM)
Pelakon :  Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Sandrinna Michelle dan Kemal Palevi.
Sinopsis : Kish seorang lelaki yang telah berkahwin terpaksa berkahwin kali kedua demi menyelamatkan maruah seorang wanita dan perkara itu dirahsikan daripada isteri pertamanya.



‘CHOWRASTA’ (6 JUN, 5.00 PETANG)
Pelakon : Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su, Nur Risteena Munim dan Chem Ammar.
Sinopsis : Kisah Hamid, pemuda yang sering dihina kerana kemiskinannya. Lantaran itu dia mempelajari Muay Thai dan menyertai kongsi gelap yang diketuai pakciknya, Uncle Don. Menariknya, Hamid diarahkan untuk melanjutkan pengajian ke ITM, Shah Alam oleh pakciknya itu. Hamid bertemu dengan Hanizah lalu jatuh cinta. Namun, kemiskinan memaksa Hamid membuat kerja sambilan dan gagal memberikan tumpuan pada pelajaran sehingga disingkarkan daripada ITM. Adakah Hamid akan bangkit semula?



‘SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2’ (6 JUN, 8.30 MALAM)
Pelakon : Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian dan Nora Danish.
Sinopsis : Kisah rumahtangga seorang suami bersama dua isterinya bakal berubah apabila menghadapi cabaran yang tak terduga. 



‘AZURA’ (7 JUN, 2.00 PETANG)
Pelakon : Dato’ Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Maria Arshad, M.Rajoli, A.Galak, Raffi Hussin dan Liza Abdullah.
Sinopsis : Zack, anak hartawan yang selalu bergaul dengan kumpulan samseng. Dia bertemu dengan Azura yang berjaya mengubah tabiat buruknya itu. Mereka bercinta tetapi percintaan mereka ditentang oleh ahli keluarga masing-masing. Namun, Zack nekad mengahwini Azura lalu bekerja untuk menyara hidup mereka berdua. Tetapi kehamilan Azura menimbulkan syak kerana dikhuatiri anak dalam kandungan itu bukan anaknya.



‘KAABIL’ (7 JUN, 9.30 MALAM)
Pelakon : Hrithik Roshan, Yami Gautam dan Ronit Roy.
Sinopsis : Rohan merupakan seorang lelaki yang ceria dan berjaya. Sehinggalah satu hari, dia ditimpa kecelakaan. Tidak dapat menerima hakikat tersebut, dia nekad untuk membalas dendam.


AN EVENING IN PARIS’ (8 JUN, 2.00 PETANG)
Pelakon : Shammi Kapoor, Sharmila Tagore dan Pran.
Sinopsis : Mengisahkan percintaan Sham dan Deepa di Paris. Percintaan mereka diuji apabila Deepa diculik oleh sekumpulan penjahat yang mahukan wang daripada ayah Deepa.



‘SETHUPATHI’ (8 JUN, 10.30 MALAM)
Pelakon : Vijay Sethupathi, Remya Nambeesan, Vivek Prasanna dan Vela Ramamoorthy.
Sinopsis : Sethupathy menyiasat kematian seorang inspektor sehingga beliau berjaya menangkap Vathiyar, seorang yang berpengaruh di Madurai. Namun, kehidupan keluarga dan karier beliau menjadi pertaruhan.  



‘OLA BOLA’ (9 JUN, 2.00 PETANG)
Pelakon : JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan, Katrina Ho dan Bront Palare.
Sinopsis : Hanya satu peluang untuk mereka beraksi di persada dunia. Di sebalik perbezaan pendapat dan masalah peribadi, mereka berusaha dan bersatu demi nama negara. Namun di saat semangat julang mereka menggunung, berlaku sesuatu yang mematahkan semangat dan harapan negara. Ola Bola diilhamkan dari peristiwa sebenar.



‘LONDON HAS FALLEN’ (9 JUN, 9.30 MALAM)
Pelakon : Gerard Butler, Aaron Eckhart dan Morgan Freeman.
Sinopsis : Pengganas melancarkan serangan ke atas London. Kini, ejen Mike Banning perlu menyelamatkan Presiden Amerika apabila Presiden itu diculik dan dijadikan tebusan pengganas.



Ikuti saya di semua media sosial di bawah
Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE