Sinopsis Telefilem Sesekali



Karektor seorang bapa seringkali dikaitkan dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa sayang kepada si anak. Justeru si anak lebih terarah kepada si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan daripada segala sudut.

Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam membesarkan dengan kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah satu tanggungjawab yang senang untuk digalas oleh seorang bergelar bapa.

Realiti kehidupan ini ditonjolkan pada watak Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi.

Kisahnya dihidupkan dalam telefilem arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk “Sesekali” menemui penonton pada 14 Jun 2019, pukul 9.30 malam di TV2.

Menariknya, Sesekali diadaptasi daripada puisi dengan judul sama karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2006.

SINOPSIS SESEKALI

Telefilem "Sesekali" mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja. Amrin memberikan yang terbaik untuk setiap yang apa dilakukan untuk anaknya.

Amrin membesarkan Kemboja seorang diri setelah kematian Melati ketika kelahiran Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia, dugaan yang berlaku pada isterinya membuatkan Amrin bertekad untuk memenuhi yang terbaik untuk Kemboja.

Namun ketika Kemboja membesar, Amrin menyembunyikan pekerjaannya yang sebenar dari pengetahuan Kemboja kerana tidak mahu anaknya itu malu. Akhirnya Kemboja mengetahui juga pekerjaan ayahnya sebagai penghibur jalanan bukannya kerja pejabat sepertimana pakaian yang dipakainya.

Amrin menerangkan situasi dirinya kepada Kemboja, anaknya itu perlahan-lahan menerima penjelasan ayahnya. Ketika ikatan dua beranak ini kembali normal, Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak melarikan diri dari buruan polis.

Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja.

Kemboja mengalami pendarahan organ dalaman, berjuang untuk hidup namun tewas akhirnya. Amrin tidak dapat menerima kematian anaknya Kemboja. Manakala Adeng tertangkap setelah kepantasan pihak polis memburu Adeng.

Amrin bertekad untuk membalas dendam atas kematian Kemboja, namun langkahnya terhenti apabila sentuhan Wahyudi menghentikan setiap perilaku niatnya. Mampukah sentuhan mengubah hati seseorang, Wahyudi yang mengalami masalah mata, menganggap Amrin bapanya tanpa mengetahui Adeng telah ditangkap. Apakah nasib Wahyudi menerima nasib yang sama seperti Kemboja atas situasi yang berbeza. Ikuti kesudahannya mengisi slot Citra di TV2.

Arahan: Hisyamudin Ahmad

Barisan Pelakon: Beto, Azhan Rani, Noorkhiriah, Hariry Jalil, Puteri Rafasya, dan Shazman Isaac.

Saluran TV: TV2. Jika tidak sempat untuk menonton di TV, juga berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.






Ikuti saya di semua media sosial di bawah:

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO