Prinsip Jati Diri dalam Telemovie Lalang



Mengangkat pegangan prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu, jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun dipenuhi lalang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyiarkan telemovie bertajuk “Lalang”.

Karya arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM dan skrip oleh Mazlan Manan ini menemui penonton pada 8 September ini, pukul 9.00 malam di TV1.

Mengangkat latar period drama berlaku sekitar tahun 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu, drama berdurasi 90 minit ini mengangkat tema pengorbanan dan patriotik dalam perjuangan bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara.

Menjalani penggambaran 16 hari di Kelantan, ikuti perjalanan kisah watak utama Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah.

Antara babak Lalang lakonan Syazwan Zulkifli
Namun ugutan daripada Ah Chai (Wong Kam Tat) untuk mencederakan Sue Lan (Ain Evon Tay) dan Ah Yee (Tiffany) menyebabkan Ah Heng terpaksa mengalah dan berpegang pada prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu. Jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun yang dipenuhi lalang.

Satu malam, kedai Ah Heng dibakar oleh Mejar Tanaka (Qi Razali) dan tenteranya. Ah Heng terpaksa menyorok daripada Jepun. Atas dasar setiakawan dan kemanusiaan, Embong dan Rohani (Sasqia Dahuri) menyembunyikan Ah Heng di pondok kebunnya.

babak tentera jepun

babak lakonan Qi Razali sebagai tentera jepun

Qi Razali hidupkan watak Mejar Tanaka
Dalam masa sama, Embong terpaksa berdepan dengan permusuhan ditimbulkan oleh Salleh (Hushairi Husain) yang menjadi tali barut Jepun. Salleh memang menyimpan dendam lama terhadap Embong kerana menganggap Embong merampas kekasihnya, Rohani.

Ketika tinggal di pondok, Ah Yee teringin bermain layang-layang dengan menggunakan surat khabar Cina tetapi Sue Lan bimbang akan dilihat oleh penduduk setempat dan mereka akan tahu ada keluarga Cina yang menyorok dalam penempatan orang Melayu.
Malangnya ketika Ah Yee bermain layang-layang, dia telah ditembak oleh Ah Chai yang menyangka Ah Yee anak orang Melayu kerana dendam dan marahnya terhadap orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut Jepun. Apa kesudahan cerita lalang ini?

Ia turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Zaini Abu Hassan, Muhammad Raif Irfan Rajali dan Muhammad Raif Ikhwan Rajali.


babak menyentuh hati watak Ah Yee yang terpaksa berpisah daripada ibu dan bapanya

Jika tidak sempat untuk menonton di TV, juga berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE