Posts

Showing posts from August, 2018

Prinsip Jati Diri dalam Telemovie Lalang

Image
Mengangkat pegangan prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu, jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun dipenuhi lalang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyiarkan telemovie bertajuk “Lalang”. Karya arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM dan skrip oleh Mazlan Manan ini menemui penonton pada 8 September ini, pukul 9.00 malam di TV1. Mengangkat latar period drama berlaku sekitar tahun 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu, drama berdurasi 90 minit ini mengangkat tema pengorbanan dan patriotik dalam perjuangan bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara. Menjalani penggambaran 16 hari di Kelantan, ikuti perjalanan kisah watak utama Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah. Antara babak Lalang lakonan Syazwan Zulkifli Namun ugutan daripada

Konsert “Sayang Malaysia”, 31 Ogos 2018

Image
Sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 tahun ini, disemarakkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan “Konsert Sayang Malaysia” pada 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1. Penganjuran konsert yang bermatlamat meraikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya ini secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa. Dengan tema sambutan Hari Merdeka bagi tahun ini ‘Sayangilah Malaysiaku’, konsert diterbitkan Sarena Mohd Salleh, Unit Hiburan TV RTM menampilkan barisan artis Akim & Majistret, Projector Band, Azlan & Typewriter, Fuying & Sam, Dato’ David Arumugam, Bumiputra Rokers dan Bunkface. Penonton konsert dihidangkan dengan persembahan kumpulan Bunkface menyanyikan lagu tema Merdeka bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ dan lagu popular mereka yang lain seperti ‘Malam Ini Kita Punya’, medley ‘Revolusi’ dan ‘Situasi’ juga ‘Rentak Laguku’.  Menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli dan

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE