Pemenang Generasi Muda Bangga Menyanyikan Lagu Patriotik Yang Jarang diputarkan di Radio


Sebaik sahaja sampai di perkarangan wisma radio angkasapuri RTM, lien terus melangkah ke auditorium perdana. Kelihatan ramai yang sedang menanti pintu masuk dibuka untuk menyaksikan pertandingan Juara Patriotik Serumpun Kasih Radio Klasik 2017 Peringkat Akhir. Dan tak lama kemudian, orang ramai sudah mula dibenarkan masuk dan memenuhi tempat duduk dalam auditorium. 

Penonton yang membanjiri auditorium tergolong dari pelbagai lapisan usia iaitu dewasa sehingga kanak-kanak. Lien berpendapat bahawa pertandingan sebegini mampu memberi pendedahan kepada kita terutamanya generasi muda tentang lagu-lagu yang berunsurkan patriotik.

Pertandingan Juara Patriotik Serumpun Kasih Peringkat Akhir yang telah berlangsung pada 16 September 2017 dianjurkan oleh Radio Klasik dengan kerjasama TZ Emas Ventures Sdn Bhd. Pertandingan ini diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia ke-54 tahun 2017. 

Rasa bertuah dapat turut serta menyaksikan pertandingan ini kerana  finalis pada malam tersebut menyanyikan lagu yang tak pernah lien dengar sebelum ini dan jarang diputarkan di corong-corong radio. Format pemilihan lagu pada peringkat akhir ditentukan oleh pihak pengurusan Radio Klasik. Lagu-lagu yang diketengahkan terdiri dari lagu baru dan lama bertemakan cinta kepada tanah air serta keindahan Malaysia. 


Seramai sepuluh peserta berjaya mara ke peringkat akhir: 

  1. Nabilah Mohamad – Bunga Semarak (Datuk Yusni Hamid)
  2. Siti Noor Ain Mohd Rozi – Keindahan Desa (Asmidar Ahmad)
  3. Mohd Ikhmal Ismail – Untuk Satria (Datuk Ahmad Jais)
  4. Zarith Syuhada Mohd Yasin – Semarakkan Api Cinta (Liza Hanim)
  5. Siti Aishah Ramli – Wira (Datuk Yusni Hamid)
  6. Eda Fazilah Ismail – Tinggallah (Datuk Sharifah Aini)
  7. Rosiah Baharuddin – Selamat Pergi Pahlawanku (Datuk Yusni Hamid)
  8. Mohd Shahrom Talhah – Pembimbing Negara (Ismail Haron)
  9. Nor Azri Zainuddin – Banjaran Titiwangsa (Broery Marantika)
  10. Siti Nurnadia Mohd Rozi – Tanah Airku (Liza Hanim)
Artis veteren era 50-an iaitu YBhg. Datin Fatimah Huri (anak kepada penyanyi era 40-an biduanita Lena) dan artis muda Akma Abdullah turut menyerikan pentas akhir Juara Patriotik Serumpun Kasih Kasih.











Juri pertandingan akhir:

  • Jimmy Ali - Pengurus Orkestra RTM
  • Jaafar Abdul Rahman Idris (JARI)- Pemuzik Kanan Orkestra RTM
  • YBhg Datin Fatimah Huri
Siti Aishah Ramli yang merangkul tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai RM3000.00 beserta trofi, sijil dan hadiah iringan. Tempat Kedua, Nor Azri Zainuddin menerima hadiah wang tunai RM2000.00 beserta trofi, sijil dan hadiah iringan. Manakala tempat ketiga milik Siti Nurnadia Mohd Rozi menerima wang tunai RM1000 beserta trofi, sijil dan hadiah iringan. 



Ketika sesi sidang media bersama para pemenang pertandingan tersebut, pemenang terutamanya dari generasi muda akui memang sukar bagi mereka menyanyikan lagu yang tak pernah mereka dengar dan jarang diputarkan di corong radio. Namun mereka berbangga dengan kemampuan diri kerana berjaya melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Tahniah dan syabas.


Tumpang pegang trofi..ehehe. Lien bersama dengan Nadia, pemenang tempat ketiga 

Terima kasih sudi baca entry kali ini.


Nukilan: LienDa
Facebook: Dalin LienDa Winda
Instagram: dalinliendawinda
Twitter : @dalinlienda
Youtube: Dalin LienDa Winda

Photo: Memorable Photography Services

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE