SIAPA KATA tak boleh dapat CERMIN MATA dengan bajet RM100?


SIAPA KATA tak boleh dapat CERMIN MATA dengan bajet RM100?

Merancang kewangan untuk persiapan hari raya adalah sangat penting. Serba serbi nak baru kan. Tapi jangan terlalu mengikut nafsu. Kita wajib senaraikan antara keperluan dan kehendak sempena raya ni. Barulah bajet tak tersasar..dan tak garu kepala lepas raya. Haha..(gelak jahat).

Selain menyediakan pakaian raya, juadah dan hiasan rumah sempena raya, ciri-ciri keselamatan semasa berada di jalan raya  atau memandu juga kena ambil kira tau.CERMIN MATA..ya cermin mata.Untuk pengetahuan korang,cermin mata lien dah lama patah dan lien pengguna tegar kanta lekap.

Menggunakan kanta lekap dalam jangka waktu yang sangat lama tidak digalakkan. Nak balik raya baru sibuk nak cari cermin mata. hahah..(gelak jahat lagi..).Trafik sibuk di jalan raya adalah satu hal yang sering terjadi pada musim hari raya dan kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal dari awal.

Untuk menjayakan misi kali ni, lien memilih lokasi NU Sentral. Menjengah hampir ke setiap kedai cermin mata di NU Sentral dengan bajet siap dalam kepala otak iaitu sekitar RM100. Setelah menjengah beberapa kedai cermin mata, rasa macam agak mustahil untuk dapat cermin mata dengan bajet sedemikian. Setelah penat ronda beberapa kedai cermin mata di NU Sentral, akhirnya jumpa juga cermin mata yang dicari. Yahooo..apalagi melompat la weh. Walaupun, harganya tersasar sikit sahaja dari anggaran bajet iaitu RM128 tetap rasa gembira kerana dapat memiliki cermin mata bingkai cantik, servis dan layanan juga tip top dan pantas. Sunglass & VisionWorld, terletak di Ground Floor NU Sentral.


Email: info@sunglassvisionworld.com

Alamat:
Lot G022 Nu Sentral @ KL Sentral
No 201 Jalan Tun Sambathan
50450 Kuala Lumpur
Tel : +603 2276 3268

Terima kasih sudi baca entry ni.

Nukilan: Facebook: Dalin LienDa Winda
Instagram: @dalinliendawinda


Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE