Tuan Wan Nong Muzafar Figura Berpengaruh Dalam Dunia Keusahawanan

Entry kali ni berkisar tentang seorang figura berpengaruh dalam dunia keusahawanan.Nama ini tidak asing lagi bagi mereka yang sedang atau sudah lama berkecimpung dalam bidang keusahawanan.Bagi korang yang pertama kali mendengar nama ini, lien gerenti korang pasti teruja untuk mengenali siapakah figura yang lien maksudkan.Figura yang dimaksudkan adalah Tuan Wan Nong Muzafar.


Bloggers Day bersama Wan Nong Muzafar

Bloggers Day Bersama Wan Nong Muzafar

5 PERKARA MENARIK TENTANG TUAN WAN NONG MUZAFAR

OTAI BISNES
Rasanya tak salah seandainya lien melabelkan beliau sebagai otai dalam bisnes memandangkan pengalaman beliau  lebih 16 tahun dalam bidang keusahawanan dan korporat.Antara nama besar yang pernah mendapatkan khidmat konsultasi beliau adalah Jelita Sara yang kini gah namanya.

TAK KENAL ERTI PUTUS ASA
Inilah sifat yang ada dalam diri seorang yang bernama Tuan Wan Nong Muzafar.Beliau pernah beberapa kali berada di bawah.Tapi tidak pernah membuat beliau rasa lemah dan berhenti setakat itu sahaja.

UTAMAKAN KELUARGA
Jatuh bangun Tuan Wan Nong Muzafar ditunjangi oleh isterinya yang sentiasa berada disisi beliau.Isteri dan keluarga adalah sumber kekuatan untuk beliau meneruskan legasi yang dibina.




PENULIS BUKU BEST SELLER
Tuan Wan Nong Muzafar merupakan penulis buku perniagaan. Beliau telah menghasilkan 3 buku 'bestseller' iaitu buku kuasai Formula Perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan juga Kuasai Perniagaan Internet Siri 2.

ADA CARA TERSENDIRI
Beliau mencipta formula sendiri berdasarkan pengalaman dan jatuh bangun beliau untuk mendaki tangga kejayaan dan berada di tempat beliau berada sekarang.Beliau tidak mudah terikut dengan cara orang lain.Menurutnya, walaupun beliau seorang bos, tak semestinya sepanjang masa staff beliau tak boleh memberi idea dan buah fikiran dalam menjayakan sesuatu projek.Beliau sentiasa memberi peluang kaki tangannya berusaha dan berfikir di luar kotak.



LATAR BELAKANG ILM LEGACY

Tuan Wan Nong Muzafar mengasaskan ILM Legacy Sdn Bhd.ILM Legacy adalah sebuah syarikat yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik dalam dunia pembangunan keusahawanan melalui kepakaran sebagai penasihat dalam merangka strategi perniagaan merangkumi pelbagai aspek dari bidang penjenamaan, pemasaran, pengurusan operasi dan juga kewangan. Untuk pengetahuan semua, syarikat ini telah melatih lebih 2000 usahawan.


SEMINAR INI BISNES BUKAN PROPA(IBBP)

ILM Legacy akan menganjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017.

Tarikh : 13 dan 14 Mei 2017
Lokasi: Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)
Kelebihan :

-Penekanan kepada kandungan yang realistik dan praktikal

-7 ahli panel akan berkongsi pengalaman dan tip bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya. Antaranya:
  • Tuan Wan Zaki,CEO Jelita Sata
  • Tuan Noorizam,CEO Emorra & GGL
  • Faisal Badry, Pengarah Pemasaran Vidmiil
  • Tuan Fazrul Ismail, CEO Akademik Sinergi 
  • Puan Fynn Jamal, Selebriti
  • Tuan Fizo Omar, Selebriti
  • Tuan Wan Nong Muzafar sebagai pembentang strategi-strategi perniagaan untuk setiap komponen seminar
-Siapa yang patut hadir Ini Bisnes Bukan Propa 2017 (IBBP 2017)?
  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula
  • Berniaga tetapi asyil tidak menguntungkan dan tiada hala tuju
  • Usahawan yang "STUCK" atau berniaga yang cukup-cukup makan
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan
  • Usahawan yang ingin "UPGRADE" perniagaan ke tahap yang lebih besar
Untuk maklumat lanjut,boleh hubungi maklumat yang tertera.

Web : www.wannongmuzafar.comwww.wannongmuzafar.com

Emel: admin@wannongmuzafar.com
Tel: 013-6109391 (Ahmad)


Terima kasih sudi baca entry ni.

oleh : Dalinliendawinda Blogspot



Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE