Bila hatiku tersakiti

Bila Hatiku Tersakiti
(Nukilan: Dalin LienDa Winda)

Sukarnya aku memaafkan dia
Senangnya bibirku melafaz kata
Tiada maaf bagimu

Sedangkan aku tahu
Amarahku sedang dijentik bertalu-talu
Betapa goyahnya  imanku

Duhai hatiku
Belajarlah menulis kesalahan dia satu persatu
Di atas pasir putih
Agar angin maaf datang berhembus
Dan menghapus tulisan itu
Dan belajarlah menulis setiap kebaikannya
Di atas batu
Biar tetap utuh dalam sanubariku

Semoga bayang-bayang bahagia
Sentiasa mengekoriku

photo by
Memorable Photography Services

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO