Tidak sia-sia


Tidak sia-sia
Benih yang ditabur
Kerana tanah ini subur
Maka menghijau segenap ruang

Tidak sia-sia
Perwira bermandi darah
Berjuang penuh ikhlas
Kerana bumi kita
Yang punya tanah yang subur ini
sudah bebas

Beruntunglah
Kita berada di sini
Di bumi merdeka
Hari ini esok dan selamanya
Semoga kita
Tidak mensia-siakan
kesejahteraan ini

Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO