Permintaan Hati


Hati ini
Dilanda kemarau berpanjangan
Lalu menjadi gersang
Dikepung kegelisahan
Tak bertepian

Ya Tuhan
Jangan pernah biarkan
Kegundahan berlimpahan
Ku pohon kasih sayang
Kurniakanlah setitis hujan
Agar hati ini
Tidak gersang lagi

Ku berjanji
Sebidang hati ini
Akan kupenuhi
Dengan tanaman ketakwaan
Semoga Tuhan memakbulkan
permintaan hati

Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO