SINOPSIS TELEMOVIE MENCARI MARDHATILLAH


SINOPSIS  TElEMOVIE MENCARI MARDHATILLAH

“Mencari Mardhatillah” mengisahkan kecekalan dan ketabahan hati seorang janda bersama anaknya yang melarikan diri dari buruan bekas suamnya yang jahat untuk membina hidup baru. Segalanya membuatkan dirinya kembali kepada jalan Allah.

Salina bersama anaknya Rafael pulang ke rumah ibu bapa setelah kematian kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Salina merancang untuk menjual harta yang diwarisi dari orang tuanya dan berhijrah ke Australia untuk melarikan diri dari bekas suaminya Malek.

Malek seorang suami yang jahat dan memperalatkan Salina bagi mendapatkan wang untuk kepentingan dirinya. Disebabkan tidak mahu diburu oleh Malek, Salina membawa Rafael pulang ke rumah peninggalan datuknya di kampung.

Datuk Salina, Tuan Haji Ghazali, telah mewakafkan sebahagian besar tanah miliknya untuk madrasah dan asrama anak-anak yatim. Pak Ali dan Mak Jah serta anaknya Aidil, telah diamanahkan oleh Tuan Haji Ghazali untuk menguruskan dan membangunkan tanah yang diwakafkannya.

Salina memutuskan untuk menginfakan wang harta peninggalan orang tuanya untuk Madrasah Tahfiz DarulHikmah. Sementara itu Rafael, anak Salina tertarik dengan madrasah dan ingin belajar bersama–sama anak yatim yang menghuni asrama di madrasah ini.

Dalam diam Aidil jatuh cinta dengan Salina. Aidil juga menarik perhatian Salina setelah dia menyelamatkannya dari serangan dan ugutan Malek yang berjaya menjejaki Salina di kampung.

Situasi itu membuatkan Salina terus berteka-teki dan banyak kali mempertimbangkan niatnya untuk berhijrah bersama-sama dengan Rafael. Ketika itu juga ibu Aidil meminangnya untuk dijadikan sebagai menantu.

Salina serba salah kerana dia sedar kebahagiaan yang dicarinya selama ini hakikatnya sudah berada di depan mata. Pada masa sama Salina harus memikirkan siapakah yang layak menguruskan Madrasah Darul Hikmah dan asrama anak-anak yatim yang diwakafkan oleh datuknya.



Pengarah: Khir Rahman

Barisan pelakon: Sefik Khair, Diana Danielle, Zahiril Adzim dan  Syed Muhamad Hasan

Saluran Siaran: TV Okey, portal online Myklik , RTM Mobile (Muat turun aplikasi di Google Play dan App Store)

Waktu Siaran: 14 Mac 2020, Sabtu, 8.00 malam



Ikuti saya di media sosial:

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE