Pencarian Bakat Kanak-kanak untuk Telefilem " Bisik-Bisik"



Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang pencarian bakat kanak-kanak untuk telefilem bertajuk " Bisik-Bisik". Untuk makluman, ujibakat pelakon kanak-kanak akan diadakan pada 17 Februari 2020 (Isnin), pukul 1.00 hingga 5.30 petang, bertempat di Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Uji bakat terbuka kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 10 tahun.

Hisyamudin Ahmad  iaitu salah seorang pengarah di UDTV RTM, sangat mengalu-alukan penyertaan uji bakat untuk telefilem terbaharu arahannya bertajuk “Bisik-Bisik”. Menurut beliau , pemilihan berdasarkan keperluan karakter dalam naskah ini diangkat untuk menonjolkan kisah komuniti anak-anak yatim yang terpaksa berjuang untuk kelangsungan hidup.

Berikut beberapa tip sebagai persiapan sebelum hadir sesi uji bakat:
  •   Grooming! (Dandanan)
  •   Bakat
  •   Hafal skrip/lagu
  •   Datang awal dan tepati masa
  •   Senyum
  •   Sikap 

“Percaya yang datang mesti ada sesuatu untuk dikongsi…BAKAT!”, Hisyamudin Ahmad

Telefilem ini bakal disiarkan khas sempena Maal Hijrah bulan Ogos depan dan dijangka siarannya menerusi saluran TV2.

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO