Uji bakat Bintang Klasik 2019



Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Radio KLASIK terus mempopularkan dan mengangkat martabat lagu-lagu irama Melayu Klasik, popular malar segar serta nostalgia daripada filem-filem Melayu lama menerusi penganjuran pencarian bakat Bintang Klasik 2019.

Merupakan edisi yang kelapan, tahun ini menyaksikan pencarian bakat dilaksanakan untuk zon Semenanjung dan Zon Sabah dan Sarawak sahaja. Uji bakat untuk zon Semenanjung akan diadakan pada 27 Julai dan 28 Julai 2019 (Sabtu & Ahad), di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Seterusnya sesi uji bakat untuk zon Sabah dan Sarawak akan dijalankan serentak pada 3 Ogos 2019 (Sabtu) di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM Sabah) dan Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM Sarawak) bermula 9.00 pagi hingga 5 petang.

Penyertaan terbuka kepada peserta berumur 16 hingga 30 tahun, yang dikehendaki memilih dan menyanyikan satu (1) buah lagu daripada tahun 50an hingga 90an yang telah ditetapkan oleh Radio KLASIK ketika sesi uji bakat berlangsung.

Senarai 10 lagu kategori lelaki yang boleh dipilih iaitu ’Di Wajahmu Kulihat Bulan’ nyanyian asal Sam Saimun, ‘Bunga Kupuja Dipetik Orang’ (Datuk Ahmad Jais), ‘Manis Manja’ (M.Bakri), ‘Cemburu’ (R.Ismail), ‘Senandung Semalam’ (Alleycats), ‘Cinta Abadi’ (Datuk DJ Dave), ‘Senandung Kasih’ (Daruk Jamal Abdillah), ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ (Aris Ariwatan), ‘Puisi Cinta’ (Illusi) dan ‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’ (Flybaits).   

Manakala 10 lagu kategori wanita pula lagu ‘Asmara Bertemu’ (Salmah Ismail), ‘Bulan ditutup Awan’ (Rokiah Wandah), ‘Setangkai Tak Sebau’ (Datin Rafeah Buang), ‘Janjimu’ (Datuk Khatijah Ibrahim), ‘Jangan Berduka Hati’ (Datuk Sharifah Aini), ‘Mencari Mimpi’ (Azlina Aziz), ‘Aku Kehilanganmu’ (Francissca Peter), ‘Menghitung Hari’ (Salamiah Hassan), ‘Inginku Sandarkan Harapan’ (Hetty Koes Endang) dan ‘Hati Yang Rapuh’ (Rahimah Rahim).

Peserta-peserta yang layak disenaraipendek ketika sesi uji bakat akan dipilih oleh Jawatankuasa Panel Khas Juri bagi mendapatkan 16 peserta yang layak bertanding untuk Separuh Akhir 1 dan Separuh Akhir 2 pada bulan September 2019 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Daripada kedua-dua peringkat separuh akhir ini, hanya lapan orang peserta terbaik akan layak bertanding di peringkat akhir.

Minus one disediakan oleh Radio KLASIK.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari www.facebook.com/radio.klasik.fm atau instagram: radioklasik.




Ikuti saya di semua media sosial yang tertera di bawah: 

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE