Sinopsis Filem "Assalamualaikum Beijing'


SINOPSIS ASSALAMUALAIKUM BEIJING

Mengisahkan tentang Asmara (Revalina S. Temat) yang hatinya begitu hancur ketika dia mengetahui calon suaminya, Dewa (Ibnu Jamil) curang dengan teman sepejabatnya, Anita (Cynthia Ramlan) sehari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.

Namun hakikatnya lebih parah lagi apabila Asma mengetahui hasil  daripada hubungan terlarang itu, Anita hamil di luar nikah. Ketika itu Dewa begitu menyesal dan secara berterusan memohon maaf kepada Asma. Dia bersungguh-sungguh mahu meneruskan pernikahannya dengan Asma. Namun hakikatnya hati Asma sudah terluka dan tidak mungkin untuk sembuh lagi.

Pada masa sama untuk menghilangkan kesedihannya, Asma pun menerima tawaran pekerjaan di Beijing yang diperolehnya dari bantuan rakannya iaitu Sekar (Laudya Cynthia Bella) dan suaminya Ridwan (Deddy Mahendra Desta).

Mereka membantu Asma yang berbakat dalam bidang penulisan mendapatkan tawaran bekerja di Beijing sebagai penulis kolum yang khusus mengulas tentang negara tersebut. Sekar sebagai sahabat baik begitu mengharapkan agar Asma dapat membuka lembaran baru dalam hidupnya tanpa dibayangi lagi oleh kisah cintanya dengan Dewa.

Ketika dalam perjalanan untuk sampai ke Beijing, Asma telah bertemu dengan pemuda Cina bernama Zhongwen (Morgan Oey), yang memperkenalkannya dengan legenda cinta Ashima, puteri cantik dari Yunan. Perasaan Asma berbelah bahagi dan fikirannya berkecamuk bila mengetahui Dewa menjejaknya hingga ke Beijing.

Sedikit demi sedikit hati Asma terbuka kembali untuk menyintai lelaki kerana kebaikan dan perhatian diberikan oleh Zhongwen. Namun sayangnya, sebelum hubungan mereka diteruskan ke fasa seterusnya, Asma disahkan menghidap penyakit APS, sebuah sindrom yang membuat nyawanya terancam dan boleh menyebabkan kematian mengejut.

Adakah Zhongwen nekad untuk terus memiliki Asma dan bersedia kehilangan gadis disayanginya itu? Bagaimana pula Dewa yang terumbang ambing hidupnya samada mahu mengejar cinta Asma atau meneruskan hidup bersama-sama Anita?

Barisan Pelakon: Revalina S. Temat, Cynthia Ramlan, Laudya Cynthia Bella, Deddy Mahendra Desta, Morgan Oey

Saluran Siaran : TV2. Jika tidak berkesempatan menonton di TV, juga berpeluang menonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Waktu Siaran: 14 Julai 2019, pukul 9.30 malam




Ikuti saya di semua media sosial di bawah;
Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO