Kekal langsing dengan jus lemon detox


Entry kali ini lien kongsikan resepi jus lemon detox yang lien amalkan untuk kekal sihat dan langsing serta membantu atasi masalah perut buncit. Jemput baca entry sebelum ini Kaedah selamat pengurangan berat badan


RESEPI JUS LEMON

1 biji Lemon
1 biji limau nipis (dipotong dua)
1 Inci Halia
1 batang Serai (diketuk)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 kuntum Bunga Cengkih

Potong lemon kepada dua bahagian dan perah jus lemon ke dalam cawan dan ketepikan. Rebus air bersama semua bahan tadi kecuali jus lemon. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika. Kemudian campurkan jus lemon bersama air rebusan.

Masukkan dalam botol kaca. Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Untuk kekal sihat dan langsing, Lien juga menjaga pemakanan dan rajin bersenam. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kalian. 


Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah: 

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Mrs Pip said…
Tenkiu share resepi, senang nak buat,
So nnt nak try pula jus lemon yang ni..
Hehe, kot2 lemak hilang lepas ni.
Anak Perak said…
Selalunya minum jus lemon suam bila sakit tekak atau batuk.. X pernah try utk kempiskan perut. Sbb bila minum je mesti nak membuang. Hehehe.. Maknanya mmg berkesan utk kempiskan perut la ni. Hihi
sure taste good, thanks for this recipe. I wanna tell sis in law also. We love to try this drink together.
hye. Assalamualaikum. Usus ok ka kalau amal setiap hari? Risau gak. Tapi, kalau seminggu 2 kali better baik kan. Terima kasih share resipi ini. Insha ALlah Naim akan try
Fadzil Ahmad said…
Wah. Nampak mudah resipi detox yang dikongsikan kali ni. Ingat nak try buat la mane taw tiba2 bangun esok langsing kan
mek yunie said…
terus rasa nak rendam lemon bila balik kerja nanti jadikan rutin harian sebagai minuman ketika breakfast.
Decamellia said…
Nur ada GERD. Nur kalah dgn buah2 citrus. Klu nak buat mungkin sekali sekala je boleh. Atau kurangkan kuantiti lemon/limau tu. Tp kesan dia mesti beza dah kan? Btw, thanks share resepi mudah ni ☺️
Qaseh Dalia said…
Sekarang husband tengah amalkan lemon ni jugak, diet gitu
mrsliez said…
Air detox mmg bagus kita amalkan.. dan lemon pun bagus sgt bagi yang nak diet. Dulu rajin la buat air lemon tapi sekrg malas sgt
dalam banyak2 tu..paling x disukai halia..tapi org kata halia la yang paling banyak khasiatnya huhuhu..nanti ingat nak cubalahh
Sofia Naznim said…
Saya pun suka minum air lemon letak halia. Sedap dan juga berkhasiat. Good sharing­čŹő­čĹŹ

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO