Posts

Showing posts from July, 2019

Kekal langsing dengan jus lemon detox

Image
Entry kali ini lien kongsikan resepi jus lemon detox yang lien amalkan untuk kekal sihat dan langsing serta membantu atasi masalah perut buncit. Jemput baca entry sebelum ini Kaedah selamat pengurangan berat badan

RESEPI JUS LEMON
1 biji Lemon 1 biji limau nipis (dipotong dua) 1 Inci Halia 1 batang Serai (diketuk) 2 ulas bawang putih (diketuk) 1 kuntum Bunga Cengkih
Potong lemon kepada dua bahagian dan perah jus lemon ke dalam cawan dan ketepikan. Rebus air bersama semua bahan tadi kecuali jus lemon. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika. Kemudian campurkan jus lemon bersama air rebusan.
Masukkan dalam botol kaca. Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Untuk kekal sihat dan langsing, Lien juga menjaga pemakanan dan rajin bersenam. Semoga artikel ini bermanfaat untuk kalian. 


Ikuti saya di semua platform media sosial di bawah: 


Uji bakat Bintang Klasik 2019

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Radio KLASIK terus mempopularkan dan mengangkat martabat lagu-lagu irama Melayu Klasik, popular malar segar serta nostalgia daripada filem-filem Melayu lama menerusi penganjuran pencarian bakat Bintang Klasik 2019.
Merupakan edisi yang kelapan, tahun ini menyaksikan pencarian bakat dilaksanakan untuk zon Semenanjung dan Zon Sabah dan Sarawak sahaja. Uji bakat untuk zon Semenanjung akan diadakan pada 27 Julai dan 28 Julai 2019 (Sabtu & Ahad), di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Seterusnya sesi uji bakat untuk zon Sabah dan Sarawak akan dijalankan serentak pada 3 Ogos 2019 (Sabtu) di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM Sabah) dan Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM Sarawak) bermula 9.00 pagi hingga 5 petang.
Penyertaan terbuka kepada peserta berumur 16 hingga 30 tahun, yang dikehendaki memilih dan menyanyikan satu (1) buah lagu daripada tahun 50an hingga 90an yang telah ditetapk…

Sinopsis Filem "Assalamualaikum Beijing'

Image
SINOPSIS ASSALAMUALAIKUM BEIJING

Mengisahkan tentang Asmara (Revalina S. Temat) yang hatinya begitu hancur ketika dia mengetahui calon suaminya, Dewa (Ibnu Jamil) curang dengan teman sepejabatnya, Anita (Cynthia Ramlan) sehari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.
Namun hakikatnya lebih parah lagi apabila Asma mengetahui hasildaripada hubungan terlarang itu, Anita hamil di luar nikah. Ketika itu Dewa begitu menyesal dan secara berterusan memohon maaf kepada Asma. Dia bersungguh-sungguh mahu meneruskan pernikahannya dengan Asma. Namun hakikatnya hati Asma sudah terluka dan tidak mungkin untuk sembuh lagi.
Pada masa sama untuk menghilangkan kesedihannya, Asma pun menerima tawaran pekerjaan di Beijing yang diperolehnya dari bantuan rakannya iaitu Sekar (Laudya Cynthia Bella) dan suaminya Ridwan (Deddy Mahendra Desta).
Mereka membantu Asma yang berbakat dalam bidang penulisan mendapatkan tawaran bekerja di Beijing sebagai penulis kolum yang khusus mengulas tentang negara tersebut. Se…

ISYARAT

Image
ISYARAT
Oleh: DALIN LIENDA

Di persimpangan 
merenung metafora
Seketika menghela nafas 
Cuba mengerti tentang isyarat

Tentang isyarat jiwa
Mengisyaratkan hati
Pasti akan hilang arah
Seandainya tidak dimengerti

Ada kalanya takdir itu terlalu misteri
Namun ketetapan adalah hakiki
Seandainya realiti tak seperti yang dimimpi
Jangan menangis dan berbahagialah

Seharian letih berteka-teki
Ayuh lekas pejamkan mata
Selamat malam kalian semua
Semoga mimpi indah saja




VIDEO