"Gitar dalam Beg" di TV1 : Kembara Solo Komposer Jejak Muzik di Asia Tenggara



Travelog kembara solo seorang komposer ke 13 buah bandar di Asia Tenggara menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sudah bersiaran sejak 18 November 2018 lalu, setiap Ahad, pukul 1.30 petang di TV1.

Menampilkan Syafi’i daripada Kumpulan Ramayan sebagai hos rancangan, 13 program diberi nama “Gitar Dalam Beg” ini menonjolkan perkongsian cukup indah tentang kejayaan individu yang berjaya mengangkat artis popular seperti Sheila On 7 dan Rossa juga faktor-faktor yang membantu kejayaan seseorang artis dalam industri muzik. Menariknya kembara Syafi’i singgah di bandar-bandar di Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Thailand, dan Cambodia menonton persembahan muzik dengan elemen tradisional negara yang dikunjungi serta persembahan yang terkenal dengan penggunaan pelbagai jenis alat muzik.

Destinasi pertama dikunjungi ialah Jakarta, Indonesia bertemu dengan Faqeeh, seorang jurutera bunyi dalam industri muzik menuju ke Gudang Sarinah, (tempat pembelajaran berkaitan seni), Blok M (menonton persembahan sitar jalanan), Taman Suropati dan Jalan Sabang. Beliau bertemu dengan beberapa orang anak muda pemuzik jalanan dan berkongsi pengalaman mereka. Syafi’i berkesempatan menemu ramah Pak Yan, seorang A & R Universal Indonesia, individu yang mengangkat artis Indonesia seperti Shiela On 7 dan Rossa.

Syafi’i kemudiannya ke Bandung, Indonesia yang terkenal sebagai kota kreatif dan juga kota muzik bagi Indonesia. Destinasi pertamanya ialah Jalan Braga yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Syafi’i ke Gedung Sate yang menampilkan persekitaran diwarnai dengan alunan pemuzik jalanan, Taman Balai Kota dan Taman Sejarah Bandung. Hos berkesempatan melihat persembahan angklung kepada para pelancong yang secara tidak langsung mengangkat martabat muzik tradisional.

Masih di Indonesia, Syafi’i meneruskan pengembaraan muzik beliau ke bandar Solo, Indonesia yang terkenal dengan irama keroncong. Bandar Solo penuh dengan ekspresi serta menampilkan pelbagai jenis arca, persembahan wayang orang dan muzik. Hos berkunjung ke Lokananta, sebuah arkib muzik yang masih lagi dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang. Hos meneruskan perjalanan ke Jogjakarta melawat Candi Borobudur dan Prambanan yang cukup terkenal di sana.

Menarik di bandar Jogja, Syafi’i berkesempatan menemui Eross Candra, pemain gitar Shiela On 7 berasal dari kota tersebut. Beliau berkongsi pelbagai maklumat serta pandangannya yang berkaitan dengan industri muzik. Syafi’i berpeluang menonton persembahan sebuah kumpulan gamelan di persekitaran Candi Borobudur. Sememangnya tempat pelancongan di sana juga dikaitkan dengan muzik selari dengan gelarannya sebagai ‘Kota Budaya’.

Sementara itu perjalanan di teruskan ke Bangkok, Thailand berkunjung ke Pasar Jatujak dan bertemu dengan seorang pemuzik jalanan cilik berusia 12 tahun bermain gitar. Beliau kemudiannya melawat Universiti Sirapakon untuk bertemu dengan pensyarah dan penuntut dari Fakulti Muzik. Destinasi berikutnya Rockacademy (akademi muzik) dan menemu ramah pemilik akademi iaitu En. Pat yang berkongsi matlamat penubuhan serta aktiviti akademi beliau. Beliau juga turut serta dalam majlis pelancaran album sebuah kumpulan muzik Molam iaitu muzik kontemporari Thailand yang menggabungkan penggunaan beberapa jenis alat muzik tradisional Thai. Syafi’i turut meninjau di Khlong Bang Luang yang mana kaedah perhubungannya adalah melalui pengangkutan air. Setibanya di sana, beliau menuju ke Baan Silapin yang mengadakan persembahan boneka dengan iringan muzik tradisional. Pasar Bunga juga merupakan tempat yang wajib dikunjungi pelancong. Destinasi seterusnya ialah ke Jalan Khao San yang terkenal sebagai Pusat Backpackers Terbesar Dunia sambil memerhati kerenah pemuzik jalan di sekitar kawasan tersebut. Dia berkunjung ke Poco Studio dan Golden Mount Thailand yang menempatkan artifak-artifak lama. Beliau seterusnya melawat Siam Niramit, tersenarai dalam Guiness World Of Record yang mempunyai pentas persembahan terbesar di dunia.

Syafi’i meneruskan pengembaraan muziknya menuju ke utara Thailand iaitu Bandar Chiang Rai. Antara tarikan pelancong ialah White Temple di mana seni bina uniknya berlatar belakangkan warna putih. Chiang Rai Night Bazzar yang dilawatinya juga menampilkan persembahan muzik tradisional. Berikutnya Syafi’i kembali ke selatan menuju ke bandar Chiang Mai. Destinasi beliau ialah ke Royal Park Rajapruek iaitu sebuah taman berkonsepkan agro pelancongan dan ekspo bunga. Replika istana Raja Lanna juga dilawati beliau di Royal Lanna Pavilion. Pemandangan cantik bandar Chiang Mai boleh dilihat menerusi Anjung Tinjau Sriwinchai Alley yang juga merupakan tumpuan pelancong. Tarikan pada waktu malam ialah muzik jazz di North Gate Jazz Co-op dari beberapa kumpulan muzik jazz.

Melengkapkan perjalanan pengembaraan muzik Syafi’i ke bandar Phnom Penh, Cambodia. Destinasi pertama beliau ialah ke Wat Phonm yang merupakan antara kesan sejarah utama di negara tersebut. Kelibat pemuzik jalanan di sini tidaklah semeriah berbanding dengan di Indonesia dan Thailand. Persembahan kumpulan muzik di sini hanyalah bertumpu di kafe dan pub yang sempat dikunjunginya. Keesokannya, Syafi’i melawat National Museum Of Cambodia yang mempamerkan artifak-artifak purba tinggalan Empayar Khmer. Cambodia Living Arts pula menampilkan persembahan tarian dan muzik tradisional serta menjadi tarikan pelancong.

Syafi’i menuju ke bandar Siam Reap menjelajah bandar Phnom Penh. Suasana malam sememangnya ‘hidup’ di mana banyak kafe mengalunkan pelbagai jenis genre muzik dan ada juga yang mengadakan persembahan tradisional. Destinasi beliau seterusnya ialah ke Angkor Watt, sebuah tapak warisan dunia yang cukup terkenal dengan jumlah kedatangan pelancong seramai 2 juta orang pengunjung setiap tahun. Beliau turut berkunjung ke Taman Awam Lebuh Charles yang menjadi tumpuan ramai pelancong. Sebuah lagi tapak warisan dunia yang cukup terkenal iaitu Angkor Thom menjadi destinasi seterusnya buat beliau.

Jika tidak sempat untuk menonton di TV, juga berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO