Posts

Showing posts from July, 2018

Chef Zam Bersama Selebriti Popular Kongsi Menu Lazat Dalam DAPUR CHEF ZAM di TV Okey (Astro 109)

Image
Dalam menjalani kehidupan artis yang sentiasa padat dengan jadual persembahan pentas mahu pun sibuk di lokasi penggambaran, beberapa orang artis popular sempat meluangkan masa bersama chef selebriti Chef Zam berkongsi menu menyelerakan. Menerus program terbaharu bertajuk “Dapur Chef Zam”, saksikan percubaan artis popular menyediakan menu lazat masakan tradisional dan fusion . Antara selebriti undangan termasuklah Neelofa, Izzue Islam, Saharul Ridzwan, Mark Adam, Amber Chia, Zara Zya, Umie Aida, Adibah Nor, Zulin Aziz dan ramai lagi. 13 episod program “Dapur Chef Zam” bersiaran mulai 22 Julai ini, setiap Ahad, pukul 9.30 pagi di TV Okey (Astro 109), merupakan sebuah rancangan masakan bersiri yang mengisahkan hos rancangan Chef Zam bersama artis dan selebriti jemputan memasak menu-menu yang lazat. Selain dari memasak, Chef Zam juga memberi tambah nilai informasi dengan memberi tip-tip masakan yang berguna kepada penonton serta banyak rahsia serta teknik masakan juga d

Faizal Tahir Hos Travelog JELAJAH HATI di TV1

Image
Penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir bakal muncul sebagai hos sebuah program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menggunakan tajuk “Jelajah Hati”, program 13 episod yang menemui penonton mulai 21 Julai ini, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di TV1 ini menonjolkan ikatan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia yang sememangnya sangat kuat.     Memaparkan kisah perjalanan Faizal Tahir dalam misinya cuba menjejaki dan berkongsi pengalaman mengenai makam-makam tersohor dan masjid-masjid bersejarah di Pulau Jawa. Beliau sempat juga melawat rumah kebajikan dan sebelum berangkat pulang ke Malaysia, beliau sempat bersama menimba pengalaman dengan satu kumpulan pemuzik jalanan di Jakarta. Sama-sama ikuti pengembaraan Faizal Tahir bermula dari Surabaya ke Situbondo. Di situ terletaknya Pesantren Salafiyah Syafi'iyah Sukorejo. Antara keunikannya pensantren tersebut menerapkan pelajaran muzik kepada pelajarnya sebagai salah satu kaedah ber

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE