Bintang RTM 2018 Meneruskan Legasi Pencarian Bintang dalam Seni Suara




Malaysian Book of Records menamakan program ini sebagai pertandingan  nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik Malaysia. Legasi pencarian bintang dalam seni suara diteruskan dengan penganjuran Bintang RTM 2018.

Bintang RTM merupakan sebuah program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas bagi mencungkil bakat-bakat peserta dalam bidang nyanyian. RTM telah melahirkan ramai nama-nama besar di  dalam industri seni hiburan seperti Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, Yunizar Hussein, Dato' Jamal Abdillah, Najib Haniff, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Safar Ghafar, Raisuddin Hamzah, Ramlah Ram, Jamilul Hayat, Noraniza Idris, Azian Mazwan Safuan dan Ayai Ilusi. 

Sidang media Bintang RTM 2018 telah berlangsung pada 25 Januari 2018 yang diacarakan oleh DJ Sonic bertempat di The Straits , VE Hotel bagi memperkenalkan 16 peserta terbaik yang dipilih hasil dari ujibakat yang telah diadakan di 6 zon. Juga turut mengumumkan barisan tenaga pengajar,pengacara dan juri tetap. 

DJ Sonic adalah pengacara ketika sesi sidang media di The Straits VE Hotel
Untuk pengetahuan, sesi ujibakat dihadiri lebih kurang 5000 peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat sekaligus membuktikan Bintang RTM mempunyai pengikut tersendiri dan sokongan tersebut membuktikan kepercayaan terhadap keupayaan RTM melahirkan bakat-bakat hebat untuk industri suara negara.

16 peserta terbaik yang telah dipilih bakal berentap dalam Bintang RTM 2018 adalah seperti berikut:
1. Muhammad Yasser bin Sharifudin (Yasser)
2. Siti Nur Nadia binti Mohd Rozi (Dee)
3. Fadhli Hariz bin Fayahet (Hariz)
4. Yuveena A/P Gunainthran (Yuveena)
5. Sharifah Rusilmu Imani binti Syed Hussain (Rusil)
6. Sharifah Zafieka binti Syed Zakaria (Eyka)
7. Nur Jannah binti Abu Hanipah (Anna)
8. Muhammad Qaidzul bin Zainal Abidin (Ajoi)
9. Nur Alfatwa Marcus @ Mohamad Nordin (Uno)
10. Ferona Paimin (Ferona)
11. Heidi Vanessa Moruning (Heidi)
12. Yasmin Nadira Aqila binti Zainuddin (Yasmin)
13. Mohd Firdaus bin Materang (Firdaus) 
14. Herman bin A Hamid (Herman)
15. Siti Nur Atiqah binti Afendi (Bea)
16. Muhammad Hafiz bin Zainal (Hafiz)

Barisan tenaga pengajar, juri tetap dan pengacara Bintang RTM 2018
Aqasha dan Misha Omar akan mengacarakan program ini. Syafinaz Selamat seorang pensyarah vokal terkenal tanah air diberi kepercayaan sebagai tenaga pengajar vokal Bintang RTM 2018, persembahan dan pementasan oleh Dato' Awie, tarian oleh Alam Wakaka dan sepanjang tiga bulan peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai kelas oleh artis-artis terkenal tanah air. Bukit Gambang Resort City telah menaja sesi Bootcamp pada 16-20 Januari 2018.
Saksikan bakal bintang yang akan berentap dalam Bintang RTM 2018 bermula 27 Januari 2018 setiap Sabtu pukul 8.30 hingga 10.30 malam akan disiarkan secara langsung melalui TV2. Siaran langsung juga boleh diikuti secara atas talian melalui RTM mobile dan facebook Hiburan TV RTM selama 11 minggu termasuk Konsert Bintang dan Peringkat Akhir.


VIDEO:
Silakan berkongsi artikel ini jika bermanfaat. Boleh ikuti saya di semua laman sosial di bawah:
Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE