Posts

Showing posts from January, 2018

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

Image
Pengikut program Bintang RTM semestinya tak sabar menunggu minggu pertama konsert bintang RTM 2018. Saksikan Bintang RTM 2018 yang akan bermula pada 27 Januari 2018, Sabtu ini pukul 8.30 malam di TV2. Jom kenali 16 peserta yang akan berentap dengan lebih dekat.
Nama penuh: Muhammad Yasser bin Sharifudin (Yasser)
Asal : Kuala Lumpur
Hobi: Menyanyi dan mengusik orang
IG: Yasser_bintangrtm2018


Nama penuh: Siti Nur Nadia binti Mohd Rozi (Dee)
Asal: Melaka
Hobi: Memasak
IG : deebintangrtm2018

Nama penuh: Fadhli Hariz bin Fayahet (Hariz)
Asal: Johor
Hobi: Menyanyi,Menonton rancangan realiti Nyanyian,  Membeli-belah
IG : hariz.bintangrtm2018


Nama penuh: Yuveena A/P Gunainthran (Yuveena)
Asal: Kedah
Hobi: Menyanyi, Menari, Bermain Gitar
IG : yuveenabintangrtm2018

Bintang RTM 2018 Meneruskan Legasi Pencarian Bintang dalam Seni Suara

Image
Malaysian Book of Records menamakan program ini sebagai pertandingan  nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik Malaysia. Legasi pencarian bintang dalam seni suara diteruskan dengan penganjuran Bintang RTM 2018.

Bintang RTM merupakan sebuah program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas bagi mencungkil bakat-bakat peserta dalam bidang nyanyian. RTM telah melahirkan ramai nama-nama besar di  dalam industri seni hiburan seperti Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, Yunizar Hussein, Dato' Jamal Abdillah, Najib Haniff, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Safar Ghafar, Raisuddin Hamzah, Ramlah Ram, Jamilul Hayat, Noraniza Idris, Azian Mazwan Safuan dan Ayai Ilusi. 
Sidang media Bintang RTM 2018 telah berlangsung pada 25 Januari 2018 yang diacarakan oleh DJ Sonic bertempat di The Straits , VE Hotel bagi memperkenalkan 16 peserta terbaik yang dipilih hasil dari ujibakat yang telah diadakan di 6 zon. Juga turut mengumumkan barisan tenaga pengajar,pengacara …

Sinopsis Dia Anak Jeneral

Image
Drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Dia Anak Jeneral” mulai 24 Januari 2018 ini , setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2 sebanyak 26 episod.
Mengisahkan seorang gadis dalam keluarga di mana ayahnya selalu memberi arahan seperti dalam pasukan tentera. Beliau mula merasa tertekan apabila ayahnya bercadang untuk menjodohkannya dengan pilihan ayahnya. Beliau tidak bersetuju dan mula mencari alasan kukuh untuk membantah keputusan ayahnya. Pelbagai rintangan dilaluinya sehingga akhirnya beliau bertemu dengan seorang lelaki dan mula jatuh cinta.
Menampilkan lakonan mantap Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, dan Fatimah Azzahra, siri adaptasi novel tulisan Hezzy Azra ini mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak …

VIDEO