REVIEW: SHAMPOO SANTAN SOLUSI TERBAIK MASALAH RAMBUT


Bagi wanita berhijab masalah rambut yang sering dialami adalah kegatalan kulit kepala, kelemumur dan rambut berbau kurang menyenangkan. Garu-garu kepala sebab kepala memang dah sedia gatal ditambah lagi buntu dan pening memikirkan cara nak atasi masalah ini. Masalah keguguran rambut pula merupakan masalah yang dialami baik wanita mahupun lelaki. Apakah masalah rambut yang korang hadapi? Jomlah share sini. 

Bagaimanakah cara penjagaan rambut bagi memastikan rambut kekal sihat? Dalam entry sebelum ni, lien pernah berkongsi tentang penjagaan rambut. Antaranya adalah minum air putih yang cukup, mencuci rambut mengikut jadual dan yang penting pemilihan produk penjagaan rambut yang betul. 

Bercakap mengenai produk penjagaan rambut ni lien ada terima bungkusan produk penjagaan rambut dari saudari Qisha. Sebaik sahaja membuka bungkusan yang dikirim oleh saudari Qisha iaitu ejen shampoo santan , lien sangat teruja dan tak sabar untuk mencuba. Kini sudah lebih 2 bulan lien menggunakan shampoo santan dan wonder hair. Lien sangat berterima kasih kepada Qisha kerana memperkenalkan syampu dan minyak ni. Setelah mencuba sendiri dalam jangka waktu lebih 2 bulan, lien lebih yakin nak berkongsi dengan korang tentang kebaikan dan kelebihan shampoo santan dan wonder hair ni. 

My Homelab Shampoo santan adalah solusi terbaik untuk merawat masalah rambut.Apakah kebaikan dan kelebihan shampoo santan ini? Korang kena baca entry ni sampai habis tau. 



KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SHAMPOO SANTAN

MERAWAT MASALAH KEGATALAN KULIT KEPALA & MENCEGAH KELEMUMUR 

Sel-sel kulit pada kulit kepala yang menggelupas menyebabkan terjadinya kelemumur. Kulit kepala yang berminyak , perubahan hormon dan tekanan emosi juga boleh menyumbang kepada pembentukan kelemumur. Kelemumur adalah salah satu punca kegatalan kulit kepala. Kegatalan kulit kepala boleh menyebabkan rasa yang tidak selesa. Jika mengikut petua secara tradisional, mereka menggunakan santan kelapa diperap pada kulit kepala. Lien masa kecil dulu pun gemar menggunakan santan kelapa sebagai solusi merawat masalah kelemumur. Kini lien ada pilihan menggunakan my homelab shampoo santan yang mampu merawat masalah kegatalan kulit kepala yang berpunca dari kelemumur. Lien perasan sejak menggunakan shampoo santan masalah kegatalan kulit kepala dah semakin berkurangan. 

MENJADIKAN RAMBUT LEMBUT DAN SIHAT 

Sejak kecil lien gemar memiliki rambut panjang mengurai sampai ke pinggul. Faham sajalah bila memiliki rambut panjang ni perlukan extra care dan penjagaan yang rapi supaya rambut tak jadi macam minah lampir. Hihihihi..ops kan dah gelak macam minah lampir. Selepas menggunakan shampoo santan ni rambut lien semakin lembut dan sihat. 

MEMBANTU MENGUATKAN RAMBUT & MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT 

Sedih kan bila lihat rambut begitu banyak bertaburan di lantai ketika mandi dan melekat di sikat ketika menyikat rambut. Walaupun bukan seratus peratus tapi lien rasa dah berjaya merawat masalah rambut mudah putus dan gugur. 

MENGATASI MASALAH BAU RAMBUT YANG KURANG MENYENANGKAN 

Shampoo santan mengeluarkan bau oren yang menyegarkan. Bau tersebut mampu menjadikan rambut berbau harum dan tiada lagi bau yang pelik-pelik pada rambut. 

BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA 

Syampu ini kurang berbuih dan langsung tak memedihkan mata. Yang menariknya kandungannya terdapat bahan-bahan semulajadi seperti santan, minyak rosemary, minyak kelapa dan minyak oren 

MENJIMATKAN DAN SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA 

Shampoo santan sesuai untuk seisi keluarga. Shampoo santan ni tak berbuih dan tak memedihkan mata dan kandungannya tiada bahan kimia berbahaya. Walaupun kebanyakan orang mengatakan harga syampu ini agak mahal berbanding syampu lain di pasaran, tetapi bagi lien syampu ini menguntungkan kerana amsyar yang tak lama lagi akan mencecah genap usia 4 tahun pun boleh guna syampu yang sama. Lien tak perlu mengeluarkan belanja lebih untuk beli syampu lain. Rambut amsyar kekal lembut seperti rambut bayi. 

CARA PENGGUNAAN SHAMPOO SANTAN 

Saudari Qisha pernah berkongsi di laman facebook beliau cara menggunakan shampoo santan. Saudari Qisha ada menyebut cara ini sebenarnya dipraktikkan oleh pengguna shampoo santan itu sendiri disebabkan shampoo santan ni kurang berbuih. Lien pun gemar menggunakan cara yang sama. Oleh sebab itu, Lien nak share dengan korang dalam entry ni. Tuangkan sedikit shampoo santan ke dalam bekas , masukkan air dan goncang sehingga nampak buih sedikit kemudian jirus ke kepala sehingga mengenai kulit kepala dan ratakan keseluruhan rambut. Rambut lien panjang so kena tuang lebih sedikit. Urut lembut kulit kepala dan usap helaian rambut juga dengan lembut ya. Dalam 5 minit macam tu lien dah bilas sehingga bersih. Dah selesai boleh la keringkan rambut ya. Kesan penggunaan korang takkan nampak serta merta. Memang kena sabar. Lien sendiri pun setelah menggunakan lebih 2 bulan lien dapat rasa perbezaannya. 

Untuk pengetahuan, lien juga menggunakan My Homelab Wonder Hair. Wonder hair adalah sejenis oil. Wonder hair ini disapu selepas selesai mengeringkan rambut. Kandungan yang terdapat dalam wonder hair seperti minyak biji bunga matahari, minyak oren, minyak kelapa dan vitamin Pro B5. Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan beralun tidak cukup dengan penggunaaan syampu sahaja ya. Fungsinya adalah sebagai pelengkap kepada penggunaan syampu untuk menguatkan dan melembutkan rambut, menghalang kelemumur, melembap dan merawat rambut rosak serta melambatkan pertumbuhan uban. Hasilnya lien dapat rasa rambut lebih mudah diurus, lembut dan berbau harum sepanjang hari.


Untuk pengetahuan wonder hair dah tukar packaging ya. Yang lien pegang ni masih dalam old packaging..
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk, boleh hubungi ejen saudari Qisha seperti maklumat yang tertera di bawah:
Facebook: Qisha Qayla
Instagram: qiesha_qayla
Whatsapp: 011-11296145


Terima kasih sudi baca entry ni.

Jika bermanfaat, silakan berkongsi entry ni ya. Boleh ikuti saya di semua platform media sosial seperti yang tertera di bawah:

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE