Diari Amsyar : Awak dah besar sayang

Assalamualaikum..

"Percubaan hari pertama dan kedua berjaya.Hari ni masuk hari ketiga.Memang rasa macam nak demam.Amsyar pun tak boleh tidur malam.Kesian tapi hati kena kental.memang tak semudah yang disangka.nak maintain sukar nak lepaskan lagi sukar.Gonna miss that moment"



Inilah status di facebook aku pada hari ini.Harap pada masa akan datang status ini akan muncul kembali di ruang legar muka buku aku dan sentiasa mengingatkan aku saat ini.

Dikurniakan cahaya mata adalah anugerah bagi ku.Dia hadir pada saat aku berasa terlalu menginginkan bagaimana rasa punya zuriat sendiri.Melihat alis matanya, bibirnya, senyumannya.Setiap hari aku tatap.Mirip siapa wajahnya.Mirip aku seratus peratus kah atau sebaliknya.Dia membesar dengan sangat pantas.Tak lama lagi akan genap usianya 3 tahun.

Nama siapa?
Asyar

Umur berapa tahun
iga (sambil tunjuk jari tiga)

hahah..macam tulah si comel ni.dah pandai dah.

Mummy..mummy..mummy...itulah ungkapan yang dulunya tak sabar aku nanti terucap dari bibirnya.
Nah, dah jadi realiti.Bukan mimpi lagi.

Berusaha menjadi yang paling terbaik untuknya.Semoga bila besar nanti, akulah wanita yang sangat dia cintai dan kasihi  sampai syurga.

Saat sukar tika mengandung dan melahirkannya, dah lenyap seiring waktu.

Kali ni nak berdepan lagi saat yang bagi aku sangat sukar.Tak tahan lihat dia merayu-rayu.
"Mummy nak zizi".Zizi tu susu lah.Haha..amsyar yang bagi nama tu. 

Perkara yang aku nak ingat sampai bila-bila, aku dah menyusukan amsyar hampir tiga tahun.Bulan depan genap usia amsyar tiga tahun.Phewww lega bab tu.Satu bab dah lepas.Nak masuk chapter baru pulak ni.

Bila ma aku dapat tahu aku tak stop lagi susu badan kat amsyar,dia nasihatkan aku supaya stop cepat.Dah cuba macam-macam petua yang ma kasi.Gagal.Gagal sebab apa tau.Sebab emosi aku tak kental.Kali ni kena kental.Tu ja petua yang paling mujarab.

Kesian juga tengok amsyar bila dia tak dapat nak tidur malam.Sebab tak dapat zizi lagi.Bagi dia masa sesuaikan diri.Aku sendiri pun kena sesuaikan diri.Ala rindunya nak tengok mata dia tatap aku lama-lama bila dia zizi.

Hubby aku pun tanya aku letak apa sampai amsyar boleh cakap "ZIZI DAS".Das tu maksudnya pedas.Amsyar tak suka makan pedas.Aku sendiri pun konfius asam jawa tu pedas ke?.hahaha...
Amsyar..amsyar..Awak dah besar sayang...




Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Cinta Si Wedding Planner

VIDEO