Sebuah Kemaafan

Assalamualaikum ,

Agak kesepian sedikit blog ini beberapa minggu ni kan.Maaf ya.Terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di blog ini.Hari ni jari jemari rajin menari menaip.Okay,entry hari ini nak beri judul "sebuah kemaafan".

Pernah tak terucap di bibir atau terlintas sejenak di fikiran kalian ”Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila”.Puncanya mungkin kita berasa geram dan marah yang melampau pada seseorang.mudah sensitif, baran dan tidak boleh menerima teguran,atau pun ada sesuatu yang dilakukan oleh seseorang sehingga membuatkan hati kita terluka dan banyak lagi. Okay..tarik nafas dalam-dalam dan hembus.Lega tak?Mari kita berfikir sejenak.

Selepas kita menarik nafas dalam-dalam dan kemudian kita hembuskan.Apakah nikmat yang dapat kita rasakan? Kita berasa nyaman,segar dan tenang..Cuba kita bayangkan seandainya kita langsung tidak mahu memaafkan kesalahan insan lain.Akan lahirnya perasaan benci, marah, meluat dan macam-macam lagi.Semuanya bersesak-sesak dalam hati kita dan fikiran kita.Lama-lama semakin sarat sehingga menjadi sukar untuk kita terima kebaikan yang ada pada insan tersebut lagi.Hati kita jadi tidak tenteram.Lebih parah lagi,hubungan retak dan mungkin juga terputus.Sampai bila?Sampai bila kita membenarkan fikiran dan hati kita sarat begitu?Lepaskan semua perasaan marah tu dan cuba hembus keluar. Seolah-olah kita sedang lemparkan segala perkara yang menghantui diri dan fikiran kita.

Siapa dulu yang mulakan sengketa bukan lagi menjadi persoalan utama.Memohon maaf bukan bererti kita kalah.Kitalah sebenarnya pemenang kerana berjaya membersihkan hati kita dengan sifat yang mulia dan menewaskan ego yang beraja dalam diri kita.

"Jadilah seperti air walau dicincang berkali-kali tetap terus mengalir.Jua jadilah seperti semut, setiap pertemuan pasti bersapa.


Sekian...

Photo by: Memorable Photography Services

Jom like page Dalinliendawinda Blogspot

Terima kasih sudi baca entry ni.

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO