Tips Menangani Perasaan Kecewa

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa kecewa?Atau pun buat orang rasa kecewa  terhadap diri kita?Mesti pernah kan.Walaupun dengan sengaja atau tanpa kita sedari. Apa makna kecewa tu?Macam mana rasa kecewa tu. Macam dalam lirik lagu yang dinyanyikan oleh cita citata tu ke..sakitnya tuh di sini?:p Menurut definisi kamus bahasa melayu kecewa bermaksud hampa,dukacita, hancur hati, tidak berjaya etc..

Bila sebut ja pasal kamus ni kan..eh eh dah lama la lien tak belek kamus yang tebal ni.teringat zaman sekolah.masuk library ja buku yang pertama lien ambil adalah kamus BM ni dan kamus DBP .Hidup kita pun boleh diibaratkan seperti kamus.Dalam kamus yang tebal tu ada bermacam-macam perkataan dan maksud. Setiap lembaran tu adalah hari-hari dalam hidup kita.Kita membuka setiap lembaran untuk mencari maksud hidup kita.Istimewanya setiap perkataan tu sudah disusun mengikut aturan yang mudah supaya senang kita nak cari.Dalam aturan yang mudah tu pun kita masih tak jumpa apa yang kita cari.Pastinya kita kecewa kan kan kan.

Ni kisah hidup lien nak berkongsi di belog ni.Masa zaman sekolah dulu kan, Uit..cerita zaman sekolah lagi.hehe.Zaman sekolah ni pun banyak mengajar kita erti hidup.Kalau cikgu tanya apa cita-cita kamu mesti lien akan cakap nak jadi seorang doktor atau usahawan.Lien belajar bersungguh-sungguh semata-mata nak sambung belajar ke MRSM atau asrama penuh.Siang malam study supaya cita-cita tercapai.Masa sekolah rendah walaupun dapat skor semua A tapi lien masih gagal menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh.Sebab persaingan yang ramai.Ada sedikit kecewa. Masa tu semangat tak patah lagi.Lien berjuang lagi dalam exam PMR supaya cita-cita lien tercapai.Siang malam bersengkang mata.

Akhirnya..posmen datang pon pon.Dapat surat sampul besar. Dulu zaman sahabat pena takde fb lagi.Sampul surat takde yang saiz besar.Bila posmen hantar surat sampul besar terujalah nak buka sampul tu kan.Yayyy...dapat surat tawaran sambung belajar ke MRSM.Mahu tak melompat.Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, lien terpaksa tolak tawaran belajar ke MRSM tu.Kalau tak masa tu dah jadi geng MRSM Bachok dah hehe...Boleh bayangkan tak.Kecewa yang teramat tau.Kita dah dapat apa yang kita nak setelah berusaha keras.Tapi...hmmm.masih ada halangan di situ. 

Dengan jiwa memberontak dan kecewa yang teramat, lien mogok belajar masa form 4 dan form 5.Lien terus lupakan cita-cita lien untuk menjadi seorang doktor.Maklum la tak matang sangat lagi kan masa tu kan…Lien cuma fikir kenapa nak berusaha bersungguh-sungguh dah dapat offer tapi tak dapat pergi pulak. Pengetua masa tu pun kecewa dengan tindakan lien pada masa tu. Sebab dalam senarai sekolah masa tu tak ramai yang dapat offer tu tau. Pengetua pun kecewa dengan tindakan lien menolak tawaran belajar tu.Nampak sangat pada raut wajah dia tu.

Bila kita tak mampu mengatasi perasaan kecewa kita dengan betul, kita sendiri yang rugi. Mujur masa tu..walau pun lien study saat-saat akhir, keputusan SPM masih ok.Kesedaran lambat tiba.Jika momentum semangat yang kuat dari zaman sekolah rendah tu dikekalkan..pastinya dapat lebih baik kan.Sebab dah aim tak akan dpt skor A byk dlm SPM dgn cara belajar last minit tu.So tanpa menunggu tawaran belajar ke mana-mana IPTA, lien dan kembar lien terus apply sambung belajar di IPTS.Nampak tak bahananya.Jadi jangan biarkan diri kita diselubungi kecewa yang berterusan :P. 

Biar  apa pun yang menjadi penyebab kita rasa kecewa, tangani lah dengan berhikmah.Alhamdulillah, pembiayaan lien belajar di IPTS pun dari MARA.Bersyukur sangat.

Lien berkongsi 4 tips mengatasi perasaan kecewa.Ingat TEST ni :


1.Tarik nafas dalam-dalam

Rasa sesak nafas dan sebak sangat kan bila kita rasa kecewa.Tariklah nafas sedalam-dalamnya.Hembus lah sekuat-kuatnya.Seolah-olah kita menghembus semua rasa kecewa kita tu biar rasa itu pergi jauh-jauh daripada menghantui diri kita


2. Elak dengar lagu kecewa

Ini penting.Jangan sesekali korang bagi dada korang sesak dan trafik jam kat dalam tu.jangan sesekali tau dengar lagu berunsur pilu, sedih dan kecewa. Banjir kang susah pulak. Cuba dengar lagu yang boleh memberikan semangat kepada jiwa raga korang.

3.Solat sunat tahajjud

Tunaikanlah solat sunat tahajjud pada waktu tengah malam supaya kita dapat ketenangan dan kekuatan jiwa. 


4. Tabahkan diri

Berlapang dada.Maafkan diri sendiri jika kita rasa kecewa disebabkan oleh diri sendiri.Jangan marah dengan diri sendiri dan tidak terus menghukum diri kita.Jika kekecewaan itu disebabkan oleh orang lain, pun sama. Maafkan orang tersebut."Berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang membuatkan kita semakin TABAH".Move on.It's just a chapter in the past.But don't close the book.Just turn the page.Berdoalah supaya Tuhan ubati rasa kecewa kita dan memberi kita kekuatan.



Terima Kasih sudi baca entry ni.








Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Cinta Si Wedding Planner

VIDEO