Menara Condong

Assalamualaikum

Selamat berpuasa yer. Okay hari ni lien nak share gambar yang boleh dikatakan agak lama juga lah diperam..hihi.Dah masak ranum agaknya.kih kih kih.

Bulan May yang lepas lien menghadiri wedding dinner member lien yang berbangsa india di Teluk Intan Perak manakala hubby lien pula mewakili MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES sebagai official photographer untuk majlis beliau. 

Perjalanan kami dari Selangor ke sana lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Teluk Intan. Kami tiba tersangat lah awal di Teluk Intan sebelum majlis bermula.Bila tiba ja kat sana, kami survey dulu lokasi majlis tu.Yayy, jarak antara lokasi majlis dan menara condong tak jauh pun.Jadi lien tak lepaskan peluang ni bergambar kenangan di menara condong sebelum bermulanya majlis wedding dinner tu. Ni nak mengaku ni, pertama kali tau lien jejak kaki kat Teluk Intan ni. hehhe.



Info ringkas tentang menara condong 
(sumber dari wikipedia) : 
  • menara jam yang menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan
  • dibina pada tahun 1885
  • memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga
  • menyerupai menara pisa, Itali



Amsyar dah bad mood
nak tidur masa ni,
tapi kena layan
mummy dia sibuk nak
bergambar dulu..hehhe


Photo oleh  MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES . Jika anda berminat untuk  tempah khidmat photography bagi sebarang acara boleh hubungi 019-2059627 / 010-5626221


Terima kasih sudi baca entry ni. Tata

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Cinta Si Wedding Planner

VIDEO