Cerita Sup Kaki Ayam Mabeles

Assalamualaikum..

Dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa, kaki ayam tu adalah my favourite.Especially sup kaki ayam dan kaki ayam goreng kunyit. Kalo nak goreng kaki ayam tu mesti kena ada tudung periuk sebagai perisai.Kikikiki..maklumlah bila kita goreng kaki ayam tu kan minyak tu merecik-recik.

Dulu ingat lagi kalo mak beli ayam, dua-dua kaki ayam tu kite yang kebas dulu.Kalo mak masak sup, kita akan cari kaki ayam dulu.

Semasa preggy tahun lepas mengandungkan anak yang pertama iaitu Aqil Amsyar, lien tak tahu kenapa lien langsung tak boleh nak makan kaki ayam. Kalo dulu tengok sup kaki ayam ke, kari kaki ayam ke atau kaki ayam goreng kunyit ke mesti dah meleleh air liur ni.Tapi masa preggy sebaliknya.
Kalau pergi pasar beli ayam tu dah suruh hubby buang siap-siap tak mau kaki ayam.

Aqil Amsyar dah pun 11 bulan dah nak masuk setahun dah.Maknanya dah setahun lebih la kan lien tak makan kaki ayam. Hubby ada beli kan kaki ayam sebab mak mentua suruh masakkan sup kaki ayam tuk amsyar yang demam tu.Ha sudoh..jeng palo otak.2 hari pikir macam mana nak pegang kaki ayam tu.Rasa macam mana ntah.

Pagi tadi sebelum pergi ke opis, lien gagahkan diri kuarkan kaki ayam dari peti ais.Duk kuis kuis dulu dengan pisau.Heheheh...korang boleh bayangkan lah macam mana.Okay akhirnya berjaya potong kuku kaki ayam tu dan bersihkan 2 kaki ayam ja.selebihnya memang simpan dalam peti ais balik.Memang kena suruh hubby yang buatkan la nanti.

Kite masak sup kaki ayam tu dengan bubur nasi asing.Harap amsyar suka la kan makan.Ada try gak rasa sup tu pagi tadi.Harap trauma makanan masa preggy boleh ditamatkan.Hehehhe dan sup kaki ayam tu boleh menjadi favourite lien semula.

INFO: Kaki Ayam
  • Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
  • Memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh
  • Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
  • Kaya dengan khasiat protein pada kulit,otot, tulang dan kolagen

Okay..tu jer lah entry tuk kali ni.Mari kita menjamu selera dengan sup kaki ayam.mabeles.Yummy.Yang penting kaki ayam mempunyai khasiat yang tersendiri.Maaf yer,gambar tak sempat nak snap sebab sibuk nak bersiap pergi kerja pagi tadi.Hah,;)

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO