Cara Kekal Slim Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai uols..dah lama rasanya tak update belog ni.Hidup skg ada munge-munge gitu.Eh eh nak taip yang mana satu dulu la ni.Rasa macam banyaknye nak cite kat uols

Pic kat bawah ni masa preggy tahun lepas.Berat pada awal kehamilan ialah 44kg.Dan berat terakhir sebelum melahirkan bayi ialah 68kg.


Masa ni kandungan berusia 8 bulan lebih
Syukur kepada Tuhan, pada 28.12.13 lien selamat melahirkan bayi dan jadi mummy tuk cahaya mata yang pertama.My baby lahir awal 10 hari dari tarikh yang dijangka secara czer.Macam tak percaya ja.Tepuk dahi sket.hehe.Secara tak langsung, keluarga hubby dapat cucu pertama dan ma dan ayoh bulih cucu ke 14. Lien berterima kasih yang amat ko ma kerana menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada  lien sepanjang tempoh berpantang. Terima kasih juga kepada keluarga mentua yang datang ke rumah kami tuk lihat cucu pertama mereka dengan macam-macam hadiah.Special thanks tuk hubby la.


Ni lah baby lien .Nama dia Aqil Amsyar.


Amsyar hari kedua


Amsyar - 2 bulan

Terima kasih pada semua yang datang melawat,yang bagi hadiah, bagi angpow kat baby. Pada yang bertanya macam mana la lien boleh selim dalam masa yang singkat selepas bersalin tu..okay sabar dulu.Lien akan terangkan satu persatu.

Kekal langsing selepas bersalin walaupun bersalin ceaser:

1. Amalan pemakanan semasa tempoh berpantang
2. Menyusu Badan
3. Supplement dan Jamu


Gambar ni masa belum habis tempoh berpantang lagi. Perut baru kempis sikit
Gambar ni pun masa dalam tempoh belum habis berpantang. Masa ni dah berjaya kempiskan perut
Berat terkini 45kg..Amsyar dah pun 8 bulan


1. Amalan pemakanan semasa tempoh berpantang :

Lien bersalin secara ceaser.so cara berpantang tak sama dengan mommies yang bersalin secara normal. Lien tak boleh nak bertungku di bahagian perut. Selain itu, pentingnya menjaga pemakanan pada awal tempoh berpantang ni untuk cepatkan proses penyembuhan luka jahitan di bahagian perut dan mengelak sembelit. Cuba bayangkan seandainya sembelit pada peringkat awal ditambah lagi sakit kat perut kesan jahitan pembedahan tak hilang lagi, susah nak teran tu. Haha..jangan nak gelak sangat ya. Kebanyakan kawan-kawan lien yg bersalin secara ceaser, luka kesan pembedahan dorang lambat sembuh tau. Lien sentiasa ingat dan  ikut nasihat doktor, vitamin c tu penting tuk orang yang bersalin secara ceaser.Pati ikan haruan ke jamu ke semua tu kena tolak tepi dulu.

Ni ja yang lien makan semasa berpantang sebelum ni.

Hari pertama hingga hari ke-30

a.Bubur nasi (dalam bubur tu letak halia dan bawang putih.Jika bayi terkena demam kuning, elakkan halia dalam makanan sehingga baby sembuh dari demam kuning.Selepas dua minggu baru lien sedar yang halia ni boleh buat demam kuning baby lagi teruk.Minggu ketiga lien tak bagi ma letak halia dalam bubur memang lepas tak ambik halia kuning baby turun)
b.Asid folik+B-Complex+Vitamin C (Semua ni yang pihak hospital yang bagi sebelum discharge wad.Habiskan dulu ubat-ubat yang doc bagi ni tau sblm nak amik apa-apa supplement tambahan atau jamu)
c.Susu Anmum Lacta
d.Biskut Jacob
e.Air mineral sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari


Hubby yang selalu tolong bancuhkan susu anmum lacta ni.


Hari ke-31 hingga hari ke-44

Pada hari ke 30 ni berat lien dah cecah 48kg daripada 68kg...bayangkan turun 20kg dalam masa 30 hari.

a.Bubur nasi + sup ayam / sup kari kepala ikan merah / ikan singgang
b.Shaklee => ESP, Alfafa,Vitamin C
c.Biskut Jacob
d.Air mineral sekurang-kurang 2-3 liter sehari


Ma Tersayang yang masakkan bubur nasi sup ayam ni
ESP tu bancuh dengan milo sedap


Hari ke-44

Masa ni lien memang rasa nak joget-joget.sebab dah boleh makan seperti biasa.Tapi takdela semua makanan boleh dimakan masa tempoh menyusu peringkat awal ni.Sebab menyusu badan, mestilah alert jika berlaku allergic pada baby. Selepas habis tempoh berpantang juga barulah lien mula amalkan makan jamu.Baby pun dah sebulan lebih kan masa ni. Lien dah mula buat regangan sikit-sikit ikut kemampuan.Tak nak la bagi figure badan kite lari kan. Bagi nampak steady macam anak dara.Hik hik.

2.Menyusu Badan

Dalam entry yang sebelum ni Kaedah Selamat Pengurangan Berat Badan lien dah cerita yang menyusu badan ni membantu kita kembali ke berat asal sebelum preggy. Lien dah pun buktikan kat uols. So apalagi, mari kita menyusu badan.

Persediaan tuk meneruskan penyusuan badan tu penting. Persediaan tu termasuklah dari segi mental, fizikal,pengetahuan tentang penyusuan dan perkakasan lengkap. Di samping itu juga, galakan daripada suami, keluarga dan juga rakan-rakan pejabat dan yang paling penting majikan yang memahami.

Ada dua cara nak perah susu. Cara yang pertama dengan menggunakan alat pam susu ni. Rasanya tak perlu kot nak beli pam susu jenama yang mahal-mahal.Sebab lien dapat rasa cara kedua tuk perah susu ni korang lagi suka. Lagi senang dan cepat.Hasil perahan pun tak kalah dengan menggunakan alat pam susu. Bagi peringkat permulaan penyusuan especially yang tak de experience macam lien ni boleh la pakai alat pam ni.Lien suka pam susu yang ni sebab kecik comel senang nak bawak pergi mana-mana.


Pam susu yang lien guna jenama unimom. Hubby yang tolong belikan secara online.Harga lebih kurang RM400 lebih


Hasil susu yang dipam
Register member kat camy ni boleh beli macam-macam barang keperluan baby.
Cooler bag,ice pack jenama autumn dan botol storage jenama autumn tuk simpan susu yang dipam.Cooler bag dan ice pack tu diperlukan tuk korang simpan susu dalam tu sementara tunggu balik rumah dan simpan dalam peti ais.Semua ni beli kat camy baby land harga diskaun tak sampai RM100

Cara kedua lien perah susu guna teknik marmet atau senang nak paham perah susu pakai tangan.Tapi make sure menggunakan teknik yang betul. Waktu selepas bersalin kat hospital, hubby lien bantu guna kaedah ni tuk dapatkan susu. Kena urut payudara dulu pastu baru perah. Sebab masa tu baby tak pandai lagi nak hisap susu secara direct sampai baby kena kuning so susu kena perah and bagi baby minum dengan stringe. Lien cuba teknik perahan susu pakai tangan ni secara konsisten sejak amsyar masuk 7 bulan. Semasa bulan puasa. Lien dapat berpuasa penuh bulan puasa tahun ni.Syukur. Hasil susu memang banyak. Jimat masa. Pastikan cuci tangan bersih-bersih sebelum perah. Pergi office hanya bawak cooler bag,ice pack dan storage bottle.

Perkara yang paling penting sebelum perah susu tak kiralah guna pam atau teknik marmet, mood kena sentiasa happy dan tenang. Sebelum perah tu bacalah bismillah dan bayangkan baby kita minum susu sambil gelak-gelak. Perah secara kerap setiap hari untuk pastikan susu kita tak stop produksi.hihihi. Kena rajinkan diri tuam breast kite dengan towel suam 


Susu yang diperah guna teknik marmet


3. Supplement dan Jamu

Selepas berhempas pulas memastikan penurunan berat badan berjalan lancar, lien amalkan supplement tambahan dan jamu tuk memastikan badan maintain langsing dan awet muda. Yang paling penting, susu badan banyak dan cukup tuk baby.Sebagai milk booster la jugak.Ma lien pun mmg amalkan jamu dan macam herba-herba akar kayu sejak beliau muda lagi tau. So beliau adalah pendorong lien tuk amalkan jamu jugak.Especially bila lepas bersalin ni. Ingat ya, sebarang supplement tambahan atau jamu yang bakal korang ambil tu pastikan dulu memang selamat dan ada kelulusan.
Ramai yang cakap lien sekarang macam anak dara..ca ner tu.Nanti lien bagitau uols jamu apa yang lien amalkan dalam entry yang akan datang.


Kesimpulannya, mind set yang betul dan disiplin diri untuk mencapai apa yang kita impikan memang sangat penting.Jangan cepat berputus asa okay. Selamat berusaha geng-geng mummy sekelian.Cayokk.

Terima kasih kerana sudi baca entry ni.

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE