Besar Pengorbanan Seorang Isteri


Assalamualaikum….


Hari isnin pergi check up kat klinik ibu dan anak macam biasa ditemani suami terchenta.Appoinment 2 kali sebulan.Check up pada hari tu just check tekanan darah,timbang berat and check air kencing ja.Hari tu tak kena amik darah meme melompat-lompat lah jawabnyerrr.Hooorey hooorey.Kena amik darah memang bab yang paling tak best sepanjang check up kehamilan ni. 

Setakat ni sebulan sekali ja kena amik darah.Lepas tu baru lah jumpa nurse and nurse akan bagi consultation tentang kehamilan lah.Masa jumpa nurse tu nurse tanya banyak kali betul ke berat 58kg ni.Lien pun cakap betul lah…Pastu nurse cakap haa berat dah lebih ni.Last check up berat 56kg.Dah bertambah 4kg uolsss.Nurse cakap tak boleh mcm ni..sekurang-kurangnya berat kena naik 2kg ja.Hmmmmm…Nurse suruh datang lagi hari khamis tuk buat Modified Glucose Tolerance Test nama singkatannye MGTT.Lebih senang nak paham iaitu kena minum air gula nak check ada kencing manis ke dak.Nurse cakap walau pun family xde yang kencing manis tapi kena gak wat test ni disebabkan berat yg bertambah 4kg ni tuk check up kali ni.So semlm terpaksa lah datang lagi klinik untuk MGTT ni.Part yang tak best kena amik darah la.Jarum weyyyy uwaaaaa.Pastu baru p minum air gula.Mak air serius minum air gula yang tersangat manis ni rasa macam hewwwwww.Pening jap.Lepas tu kena tunggu 2 jam amik darah lagi.Uwaaaa…part yg tak best lagi.Result nanti next appointment baru dapat tahu.Harap-harap lien tak de la kencing manis ni.Bukan apa time pregnant ni la kalo tak jaga betul2 macam-macam penyakit  boleh dapat.Harap-harap lien sihat walafiat.

Bercakap pasal berat badan yang makin bertambah ni…rasa-rasanya wanita hamil memang nak tak nak akan mengalami kenaikan berat badan.Tak kira lah siapa pun wanita tu.Aishwarya Rai ke,Fasha Sandha ke,Datin Norjuma ke…so figure memang tak boleh nak dibandingkan langsung dengan anak dara hokehhh.Tak boleh tak boleh.Bila anak dah besar kita tengok che ta,nora Danish maintain ja berat kalah anak dara.Opsss ter buat perbandingan lah pulak kan.Memang kalau masa kita anak dara kita sgt2 concern tentang bentuk tubuh kita, bila kita dah pregnant dan tiba-tiba berat kita naik.. badan dah jadi gebu gebas bolat,kita akan rasa stress.Dan yang paling teruk mulalah kita pikir benda yang tak logik dan kadang-kadang tak masuk akal.Tapi bila kita fikir kat baby kita..rasa sejuk sekejap hati kita kan. Tapi suami kita macam mana plak?????Haaaa yang ni kita tak tau…

Lien terjumpa sketsa ni ni tuk share ngan korang…yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.

Besar Pengorbanan Seorang Isteri ..

En Suami              :               Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.

Ustaz                     :               Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

En suami              :               Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang-kadang garang.
Ustaz                     :               Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak-anak kamu. Kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.

En suami              :               Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..

Ustaz                     :               Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.

En suami              :               .... tapi kan ustaz....

Ustaz                     :               Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.

(Psssttt…dalam sketsa ni sepatutnya tak kiralah ustaz ke siapa ke mahupun  pun pengarang sketsa ni tak boleh sarankan perceraian seolah-olah menggalakkan perceraian.Boleh menasihati si suami supaya muhasabah diri.Itu yang terbaik.)

Subhanallah !

Tu jelah tuk entry kali ni.Thanks. :)

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE