Resepi - Ungkep Ayam


Assalamualaikum..

Hai korang.Entry kali ni lien nak share resepi yang dinamakan ungkep ayam.Resepi ni boleh dikatakan agak senang lah jugak untuk dimasak.Ni antara resepi yang boleh dikatakan agak kerap lien masak kat rumah dan hubby lien pun suka.

Bahan-bahan:
5 ketul Ayam
2 sudu besar Serbuk kunyit
1 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 Kiub pati ayam
1 batang Kulit kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan kisar:

1 ulas Bawang Merah (yang paling besar)
2 ulas Bawang Putih
1 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
2 sudu besar Serbuk ketumbar
1 sudu kecil Jintan Manis
5 biji Cili padi (kalau nak pedas lagi korang boleh tambah)

Cara-caranya:

Mula-mula korang bersihkan ayam dulu .Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam  lepas tu biarkan seketika.Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bahan kisar.Kacau dan biarkan sekejap tapi jangan sampai hangit plak, lepas tu barulah korang masukkan bahan-bahan lain seperti  serai, garam, gula dan kiub pati ayam.Pastu masukkan ayam kemudian kacau.Agak-agak semua bahan-bahan tadi dah serasi dengan ayam tu baru lah masukkan air.Biarkan atas dapur tu sampai air tu kering dan bahan-bahan tadi pecah minyak.Dah masak boleh lah dihidangkan. 
Sekian...Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO