Ku Bersujud

Tibanya malam
Kuhamparkan sejadah
Lalu rukuk sujud kepada-Mu
Berbicara dengan-Mu
Ingin aku bertanya
Mencari jawapan
Tentang rahsia hidupku
Cuma Engkau Yang Maha Mengetahui

Syahdu dan tenang
Itu yang aku rasakan
Saat dan tika itu
Walau air mata begitu deras
Membasahi pipi

Sungguh aku hamba yang berdosa
Ada kalanya khilaf
Ada kalanya alpa
Dalam dunia yang fana

Biarpun rahsia perjalanan hidupku
Tak kutahu
Aku mohon pada-Mu
Dengan serendah-rendah darjatku
Terimalah taubatku
Semoga hidayah ini
Tak pergi menjauhi aku
Dan aku tetap di jalan-Mu

Hasil Nukillan: Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Cinta Si Wedding Planner

VIDEO