Blessed Ramadhan.Nyawa dan semangat ada dalam perut.

Assalamualaikum..

Hari pertama puasa ramadhan 2013 weyy..excited abis..sebab?sebabnya..nyawa dan semangat lien ada dalam perut ni.Kekuatan dan semangat luar biasa nak puasa dan menunaikan ibadah lain pada bulan ramadhan ni bersama chenta hati dalam perut ni tak terungkap dengan kata-kata.Ramadhan kali ni jugak ramadhan pertama berpuasa sebagai seorang isteri.

Lien terbaca artikel ni kat berita harian terbitan ahad lepas macam mana ibu mengandung trimester pertama ni nak berpuasa dengan sukses.So boleh lah share ngan korang kan tips tuk berpuasa.

Pelan cadangan puasa tuk wanita hamil (oleh Dr Nurhazinat Mohamed Yunus) :
    • Waktu bersahur: Amalkan makanan yang seimbang dan menyihatkan.karbohidrat komplek spt kurma dan bijirin amat bagus ketika bersahur.makanan terbaik ialah makanan yg membekalkan tenaga spt nasi dan roti.Minum 3 gelas air termasuk segelas susu
    • Waktu berbuka: Minum air dan berbuka dgn makanan yg menyihatkan terutamanya mengandungi protein spt telur dan ikan.Makan beberapa biji kurma dan pastikan sudah minum 3 gelas air.
    • Sebelum tidur:pastikan sudah meminum 3 gelas air lagi dan makan sedikit kuih muih

Malam tadi tidur awal.Semangat nak bangun sahur.Alhamdulillah memang bangun awal pun. Dah make sure minum air cukup 3 gelas termasuk segelas susu.Sebelum ni susu pun liat nak minum and kalo hubby tak bancuhkan jangan harap la lien nak minum. Sepanjang hamil trimester pertama ni nak minum susu tu siap pakej dengan mimik muka yang tak boleh blah.Korang bayangkan lah sendiri macam mana…eeee tak suka tak suka minum susu anmum ni. Rasa dia uwekk minum dengan sangat terpaksa.Tu pun bukan minum daily.Tapi sesuatu yang mengejutkan diri sendiri,pukul 2 pagi lien dah terjaga tangan ni automatik panaskan air dan bancuh susu anmum perisa vanilla dan mango tu.Owhhhh…sungguh tidak percaya.ni lah hakikat.Semangat lebih nak puasa.. Ntah kenapa pagi tadi minum susu terasa lazat tak terkata.Lepas tu masak siapkan makanan tuk sahur.Masak simple ja.Janji ada protein dan karbohidrat.Harap-harap semangat macam ni bukan hari ni ja.hihihhi.Hari pertama ja pulun kan..no no no!Moga-moga kekal sepanjang bulan Ramadhan. 

Ok sekarang dah beberapa jam berlalu..macam ok ja.Syukurlah.Pada korang yang hamil sama macam lien ni,lien ucapkan semoga kita sama-sama dapat berpuasa dengan sukses.Insya-Allah kekuatan tu ada pada diri kita sendiri.Semoga doa kita ni dimakbulkan Tuhan.

Wishing u all a blessed Ramadhan ahead.Smiley :)

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO