Senyuman Yang Hilang

Tika mentari terbit  pagi
Hati ini tidak lagi segirang dahulu
Kesepian bertakhta menjadi pengganti

Waktu ketika dahulu
bibir ini sentiasa tersenyum
Bersama keletah manja
yang bukan dibuat-buat

Namun kini,
Senyuman ini sudah lama pergi
Senyuman ini sudah lama menghilang
Berharap senyuman ini akan kembali
Kembali menyeri dan menghiasi hidup

Tatkala mentari terbit lagi
Diiringi harapan setinggi langit
Berharap sinarnya
mampu menyimbah kegelapan
Dan semoga
senyuman yang terukir
Bukan hanya di hadapan lensa kamera
Tapi juga lensa hati

Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda 


Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO