Bakal Mummy dan Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum...


Telah selamat diijabkabulkan pada 30.3.13

Terima Kasih Tuhan

Gambar-gambar di atas tu mukadimah entry.hehehe..

Thanx to all yg wish..yang terkejut pun ada.Semuanya berlalu dengan cepat.Cepat sgt kan kan. Time frame keje lien sepanjang May ni memang bz dan memerlukan lien banyak bergerak sana sini.Alhamdulillah.Usia kandungan lien baru beberapa minggu dan mungkin tak cukup kuat lagi..Doakan semoga anugerah ini mampu bertahan dan membesar dengan sihat.Bakal menjalani kehidupan 9 bulan 9 hari.

Walaupun lien belum bersedia tuk manjadi seorang ibu dan tak menjangka secepat ni,lien anggap ni adalah anugerah,rezeki  dan amanah.Lien patut rasa happy.Ramai yang menginginkannya bertahun-tahun pun tak dapat lagi.So lien bersyukur.Lien memang tak layak tuk jadi mummy beliau tapi lien akan cuba jadi mummy yang terbaik tuk beliau..cahaya mata lien.Semoga lien dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.Sayang sokmo.

Sempena Hari Ibu pada 12 May 2013,Lien nak ucapkan Selamat hari ibu tuk mommies kat luar sana dan bakal-bakal mummy juga especially untuk ibu lien yang lien panggil ‘ma’ dan mak mertua lien dan untuk diri sendiri jugak..ngeh3.Kalian memang hebat.

Lien sekali lagi ingin dedikasikan puisi yang lien cipta ni untuk semua ibu-ibu terutamanya ibu lien ''ma".I love u so much.

Tangisanku Yang Pertama


Bonda berjuang melahirkanku
Dengan satu harapan
Agar aku dapat melihat dunia
Maka di saat itulah kedengaran 
tangisanku yang pertama

Reda dan restu dari bonda
Sentiasa menyinari kehidupanku
Doanya menembusi dada langit
Bonda tak pernah lelah
mendoakan kesejahteraanku
membesarkan aku dengan keringatmu

Tidak terbalas dengan apa pun
Ingin aku selalu memeluk dan menciummu
Agar setiap dosaku 
Gugur satu persatu

Terima kasih bonda
Sungguh aku ingin menjadi anak solehah
Ku panjatkan doa
Semoga Tuhan sentiasa mengasihimu
Di dunia dan akhirat

Hasil Nukilan: Dalin LienDa



Lien tambahkan ilmu melalui membaca.Nak share dengan korang. Antara amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh bakal-bakal ibu  tuk menjadi ibu cemerlang:

1.Membanyakkan membaca Al-Quran, Istigfar dan Doa
2.Menunaikan ibadah wajib dan membanyakkan ibadah sunat
3.Menjaga kesihatan fizikal dan emosi
4.Menjaga kebersihan
5.Melengkapkan diri dengan ilmu 'parenting skill'
6.Menyediakan wang yang cukup tuk proses sebelum dan selepas kehamilan

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE