Jangan kau hampiri aku


Kau datang menghampiriku
Membisikkan kata hasutan
Merasuk amarahku
Memecah belahkan aku dan dia
Memanduku ke jalan yang sesat
Meracuni akal fikiranku
menjadi penderhaka sepertimu

Alangkah lemahnya aku
Terpedaya dan tertipu
Oleh perangkapmu
Jangan kau hampiri aku lagi
Wahai iblis yang durjana

Ya Tuhan 
Lindungilah aku
Tetapkanlah aku
teguh berada di jalan-Mu

Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO