Kabus Putih


Di sebalik kabus putih
Tersembunyi  seraut wajah
Terlukis indah senyuman di bibirnya
Sang bayu sangat setia
membelai helaian rambutnya
Dan rahsia hatinya pula
Tersimpan rapi
Umpama kubu besi  yang sukar ditembusi

Hari berganti hari
Serakan putih memenuhi dimensi dirinya
Masih menyelimuti hatinya
Mengaburi pandangan mata  

Entah siapa yang sudi
Menyelinap kabus putih
Tuk sampai ke hatinya

Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO