Tiada lagi badai


Kau hadir tawarkan cinta
Menabur harapan setinggi  langit
Menghampar kasih seluas lautan
Membuai dengan hembusan bayumu
Dan aku terus hanyut

Aku lemas di lautan gelora
Dihempas ombak badai
Lalu terdampar  di persisiran duka
Nafasku seakan lelah
Dan nadiku seolah-olah 
mahu berhenti  berdenyut

Bila kelopak mata yang terpejam
Ku buka seluas-seluasnya
Masih ada lagi cinta yang lebih tulus
Sedang tersenyum di depan mata

Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda 




Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO