Rahsia Cinta


Bait-bait puisi tercipta
mengungkap keindahan cinta
Cinta yang boleh dirasa
Dan rasa itu tersimpan
Di satu sudut yang paling dalam
Tanpa sesiapa pun dapat meneka
Di ruang mana terletaknya rasa itu
Menyentuh sekeping hati
tanpa siapa dapat mengetahui
bagaimanakah  bentuk dan rupa hati itu

Cinta juga ibarat kaca
Seandainya kaca itu terjatuh
Berantakan pecah berkecai semuanya
Dan serpihan-serpihannya
bisa mengguris menjadi luka

Demi sesungguhnya
Cinta itu milik Tuhan
Mencintai Tuhan melebihi segalanya
Menjadi penamat pencarian cinta
Mengungkap  segala makna dan rahsia 

Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO