Minat


Bila bercakap soal minat ni,rakan-rakan pasti mempunyai minat yang berbeza-bezakan.Photography misalnya.Dah jadi minat kegilaan ramai orang dah.Kalau Lien plak lien suka menulis.Contohnya menulis puisi ke,mutiara kata,cerpen tu adalah sikit-sikit.Dan rasanya minat menulis sejak sekolah rendah lagi.Subjek Bahasa Malaysia memang subjek kegemaran lien lah.Pssst…Cikgu BM sekolah rendah lien kacak tau..nama dia Cikgu Azuaha.semangat lebih lah bila kelas BM.

Lien bukanlah pelajar kelas aliran sastera.So bahasa yang lien gunakan dalam penulisan takdelah sehebat macam pelajar aliran sastera.Masa zaman sekolah dulu lien memang suka menyertai pertandingan menulis esei,cerpen,sajak  dsb.Lien masih ingat lagi cerpen lien yang pernah tersiar dalam akhbar bertajuk “Avasi Ginavo’ sempena Sayembara cerpen perpaduan.

Serius cakap,lien boleh hilang stress kalau lien berjaya hasilkan mutiara kata ke,puisi, sajak dan sebagainya.Ilham penulisan terhasil daripada apa yang berlaku kepada orang sekeliling lien atau pun kepada lien sendiri.

Tips kepada adik-adik yang bakal menduduki UPSR,PMR,SPM.Adik-adik boleh baca petikan-petikan ucapan daripada sasterawan,pemimpin-pemimpin dsb untuk memperkayakan isi karangan.Macam lien dulu suka sangat baca petikan-petikan ucapan Tun Dr Mahathir.Serius cakap banyak membantu lien tuk menjawab BM Penulisan.





Salah seorang adik lien mengalami kemalangan dan kehilangan mata kiri beliau.Lien jadikan beliau sumber ilham tuk hasilkan kedua-dua karya di atas.

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO