Bintang di langit yang sama


Masih ku ingat waktu itu
Saat daku bersendirian di situ
Di tangga yang paling bawah itu
Dengan penuh buntu
Tak punya sesuatu
Tiada sesiapa disisiku

Angin bayu berbisik padaku
Bintang takkan jatuh keribaanku
Takkan dapat ku gapai dengan semudah itu
Bintang yang satu itu
Jika aku terus termangu

Bila bulan berlalu pergi
Dan matahari pun masih mahu bersembunyi
Aku masih tetap di sini
Di tangga yang paling bawah ini
 Aku tidak mahu terus begini
Lalu ku kerah segala keringatku
Ku beli sepatu hitam itu

Sepatu hitam menemaniku
Mendaki anak tangga satu demi satu
Tanpa menoleh waktu gelapku

Akhirnya  dapat kugapai impianku
bintang sudah berada 
sangat dekat denganku
Bintang yang satu itu
Di langit yang sama denganmu

Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda





Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO