Revolusi Lorong Ini

Di lorong yang gelap ini
Hatiku telah dicuri
Dibawa pergi
Meniti keriangan tak bertepi

Di lorong yang terang ini
Kebahagiaan disambar pergi
Lalu tersungkur tak gagah berdiri
Melewati jalan ini
Penuh sepi tak berpenghuni
Kelopak yang bergenang ini
Tak terbendung lalu menghujani pipi

Melihat dirimu lena diuliti mimpi
Buat daku sedar diri
Tak guna menyerah pada nasib diri
Yang ruginya aku yang lemah ini

Di lorong yang bercahaya ini
Telah kutinggalkan segala memori
Meniti hari yang pasti
Bangkit memperjuangkan nasib diri
Semoga aku tak rebah lagi

Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO