Posts

Showing posts from August, 2012

Tidak sia-sia

Permintaan Hati

Riwayat Rindu

Duhai cintaku
Pesonamu
Menenggelamkan aku 
Jauh di lubuk rindu
Merantai jiwa nan satu
Bersemadi dalam kalbu

Dirimu tak kunjungi aku
Lalu persoalan bertalu-talu
bermain saban waktu
Tersesatkah hatimu
Terpenjarakah dirimu
Tersasarkah destinasimu

Hambatan rindu 
terus menemaniku
Fikiranku terbelenggu 
Hatiku setia menunggu
di pelabuhan rindu

Daku berseru
Wahai kekasihku
Tamatkan riwayat rindu
Pulanglah ke pangkuanku
Semoga cintamu
masih bersisa buat diriku


Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda


Raya

Image
Assalamualaikum..
Forgiving is much better than holding a grudge for a year..Haa eloklah tu kan…Hari Raya ni full of surprises, events and happenings kan kan kan.Berjumpa sanak saudara dan ahli keluarga gather under one roof after a long while..hmmm syok sangat.Journey balik kampong redah jam part yang paling best kot kan..ngeeee.Sampai-sampai rumah kat kampung ja terus peluk mak.Bahagia tak?sangat bahagia.
Lien duk terbayang-bayang dah ni juadah apalah mak lien akan masak nanti tuk raya.Lien tak dapatlah nak tolong mak masak tahun ni.Bertolak dari KL pun dah lambat dah..Serius tak sabar dah.Tapi terpaksalah tunggu adik lien yang memang tak boleh apply cuti raya awal.
Di kesempatan ni lien nak ucapkan selamat hari raya tuk rakan-rakan yang disayangi sangat-sangat nih, buat musuh ketat ke musuh dalam selimut ka..ahahhaha.manalah tau kan kot ada musuh.Lupakan sengketa marilah kita berdamai.Lagi best kita berkawan daripada bermusuh kan.Lien pohon seribu kemaafan..eceh macam tajuk lagu Fazle…

Menanti Sinar Syawal

Image
Dari kejauhan Kukirim salam penuh kerinduan Keriangan tersarang di minda Seri syawal menghiasi rupa
Lambaian desa tercinta Buat hati meronta-ronta Segera pulang Bertemu ayah bonda Menatap wajah mendakap erat Mencium tangan memohon ampun Semoga terhapus segala dosa
Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda


Ruang hati

Kenapa baru kini Engkau luahkan cinta Di saat  punah sudah hati ini
Kenapa baru kini Engkau tunjukkan cinta Di saat  trauma cinta melanda diri Segala ucapan dianggap dusta Tiada lagi kepercayaan di hati
Maaf ku tak dapat lagi terima Kerana tiada lagi ruang di hati Cuma dipenuhi kaca dan luka
Maaf kamu yang menjadi mangsa Cinta dulu yang tak bersemi Mungkin kamu yang pertama Jika cinta ini terbit lagi

Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Revolusi Lorong Ini

Di lorong yang gelap ini Hatiku telah dicuri Dibawa pergi Meniti keriangan tak bertepi
Di lorong yang terang ini Kebahagiaan disambar pergi Lalu tersungkur tak gagah berdiri Melewati jalan ini Penuh sepi tak berpenghuni Kelopak yang bergenang ini Tak terbendung lalu menghujani pipi
Melihat dirimu lena diuliti mimpi Buat daku sedar diri Tak guna menyerah pada nasib diri Yang ruginya aku yang lemah ini
Di lorong yang bercahaya ini Telah kutinggalkan segala memori Meniti hari yang pasti Bangkit memperjuangkan nasib diri Semoga aku tak rebah lagi
Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Cara-cara Penjagaan Rambut Dalin LienDa Winda

1.Produk penjagaan rambut Make sure ada produk lengkap untuk rambut.Sila rujuk senarai di bawah.Lien ada ni semua.Tengok macam mak aiii banyak betul.Jangan risau  produk ni tahan sampai 6 bulan.Percayalah syampu je tak cukup untuk dapat rambut yang cantik . Syampu (cuci rambut dengan menggunakan syampu setiap hari atau 2 hari sekali) Conditioner ( conditioner ni apply selepas siap bilas rambut pakai syampu tadi kan.Selepas apply conditioner bilas sekali lagi ) Hair mask (boleh pakai 2 minggu sekali nak kasi rambut smooth.Selepas cuci rambut dah siap syampu dan apply conditioner,apply hair mask ni dan biar selama 5 minit.Sementara tunggu 5 minit tu boleh lah nak gosok gigi ke nak sabun badan ke kan ) Calmer essence (apply sebelum dan selepas siap keringkan rambut menggunakan hair dryer) Leave in treatment ( sapu kat hujung rambut tak bagi rambut bercabang) Hair Tonic ( hair tonic ni untuk kurangkan kelemumur. Spray kat bahagian akar rambut sebelum keringkan rambut menggunakan hair dryer) Syam…

VIDEO