Subhanallah..baiknya Allah S.W.T

Assalamualaikum..

Sepanjang bulan Ramadhan ni,lunch hour of course lah tak kuar makan kan.Bagi mereka yang bersahur pagi tadi Insya-Allah tak ada rasa lapar sangat kan kan kan.Tak boleh makan dan minum pada waktu macam ni tak pe,kita bagi ja rohani kita makan dengan baca artikel-artikel yang baik tuk tambahkan pengetahuan pada bulan Ramadhan ni.Saya pun bukanlah seorang muslimah yang baik,tapi saya berusaha tuk jadikan Ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun lepas.

Lihat nih.Subhanallah..baiknya Allah S.W.T..bagi ganjaran yang begitu banyak.Rugilah kalau kita tak rebut peluang keemasan.Tak tahu tahun depan berkesempatan lagi ke tak kan.


Harap-harap bulan puasa ni boleh menyedarkan kita  sentiasa ingat pada orang-orang yang tak berkemampuan.Usahkan nak merasa makanan yang lazat-lazat,mungkin ada yang berlapar tak ada makanan dan minuman.

Melihat rakan-rakan facebook saya post gambar-gambar hidangan berbuka mereka, gulppppp (bulih meleleh air liur)...memang sangat meriah dengan makanan yang lazat-lazat.Semoga kita jadi insan yang bersyukur dengan nikmat makan dan minum yang melimpah ruah yang Tuhan bagi kat kita.

Saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa bulan Ramadhan bukan semata-mata bulan pesta makan tapi jadikan sebagai pesta ibadah.

Alhamdulillah..saya dah boleh bayar zakat dengan duit hasil titik peluh sendiri. Jom bayar zakat.

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO