Sama tapi tak serupa

Assalamualaikum..
                                              Siapakah?Jeng jeng jeng

Teruk tak aku??Bagi-bagi salam ja terus pampang gambar tak ada mukadimah langsung..ngeh ngeh ngeh.Story of the day adalah ‘sama tapi tak serupa’.

Surprise tak ..surprise tak ada orang muka sama dengan aku?Bukan photocopy.Bukan juga guna photoshop buat gambar ni jadi dua.Sama tapi tak serupa hokeh.Apakah?

Bersyukur sangat aku dan dia dilahirkan dalam keadaan sempurna.Tak bercantum tak melekat tak ada siam-siam.Ori Malaysia.^_^.Boleh bayang tak dalam perut mak aku ada dua orang.Kesian betul kat mak aku masa tu kan.Tapi mak cakap dia rilek ja.Tak rasa apa-apa pun.Sebab dah ada experience kan.Mak aku tak tahu langsung pun yang dia mengandungkan anak kembar.Mak bersalin kat rumah semasa kelahiran kami.Bidan yang sambut.

Aku yang kuar dulu dari perut mak.Tak sabar-sabar sangat kan nak tengok dunia sampai kuar songsang.Kaki aku dulu yang kuar.Sebelah pulak tuh.Boleh bayangkan tak macam mana kalau bayi yang kuar kaki dulu.Selalu kepala bayi kuar dulu kan.Gawat-gawat...Nasib baik bidan tu memang professional tahap tinggi.No hal punya small matter.Ini mak aku ceritalah.Lepas aku selamat kuar dari perut..bidan suruh mak teran lagi.Teran tu dalam loghat Kelantan. Dalam dalam bahasa doktor..push la kan.Push lagi push lagi.Mak aku teran dalam keadaan rilek-rilek macam tu ja.Intonasi aku ja lebih kasi bakal-bakal ibu gerun sikit…hahaha.Sepuluh minit kemudian mak teran teran maka kuarlah kembar aku ni.Alhamdulillah.

Apakah persamaan dan perbezaan kami??

1.Rupa
Kalau dulu orang memang susah nak bezakan kami berdua.Confuse.Susah nak cam mana satu aku mana satu kembar aku.Meh nak bagitau.Aku ada tahi lalat kat hidung sebelah kanan, muka bujur sikit dan kurang comel.Twin aku ada tahi lalat sebelah kiri, muka agak bulat dan comel lebih daripada aku.^_^

2.Hobi
Hobi kami banyak persamaan.Melukis, menulis dan banyak lagi.

3. Makanan dan minuman kegemaran
Aku suka yang goreng-goreng pedas-pedas, dia suka yang sup-sup yang  macam berkuah, masak lemak.Dua-dua suka minum soya

3.Perangai
Dia macam baik sikit aku ni nakal sikit.Masa sekolah rendah pergi sekolah dengan basikal.Dia yang kayuh aku duk belakang.Jahat tak aku.Ngeh ngeh ngeh.

4.Siapa lagi pandai
Masa sekolah rendah dia memang pandai daripada aku lah.Kalo exam tu dia selalu dapat markah lebih daripada aku.Jeles tau.Nasib baiklah result UPSR kami sama-sama cemerlang.Masa sekolah menengah aku pulak pulun study.Kali ni turn aku pulak selalu mendahului markah daripada dia.Inilah yang dikatakan jeles membina.Bukan jeles tak tentu pasal.Kat kolej kami sama-sama pandai.Tapi pointer aku still lebih daripada dialah..eheheheh..

5.Pelik tapi benar
Part ni syok nak cerita nih.Cikgu-cikgu yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu mesti akan tanya kami ada tiru buat karangan ke?Nak tahu kenapa?Sebab isi kandungan karangan kami berdua sama.Hakikatnya memang kami tak meniru antara satu sama lain.Kadang-kadang kami boleh berfikir benda yang sama.Ye lah dah belajar pun sama-sama kan.Baca buku pun buku yang sama.Boleh bayangkan dah kan apa hasilnya.

6.Status
Aku masih single mingle dan dia sudah pun berkahwin.Semasa hari pernikahan dia aku baru putus cinta.Aku berangan-angan nak bernikah dan bersanding dalam satu majlis pada masa yang sama. Tapi nak buat macam mana seru dia sampai dulu.Jadi hajat aku tak kesampaian.

7.Tahap Keserasian
Ramai juga orang duk tanya kami ni tak pernah gaduh ke?Nampak baik dan berkepit ja 24 jam.Hahahhaha…hari-hari gaduh.siap tarik-tarik rambut lagi.hahahha…lawak ja ni.Tipulah kalau cakap tak pernah gaduh kan.Adalah jugak sekali dua berselisihan faham berbeza pendapat lalu bermasam muka.Tapi tak lama pun. Tak sampai sejam pun dah baik balik. Mana boleh gaduh lama-lama tak syok. Mula-mula masuk alam persekolahan memang tak rasa takut sebab ada kembar aku ni sebagai teman rapat.Memang kawan dengan dia je lah.Pendek kata,dilahirkan oleh mak yang sama,sekolah sama,study course sama, pernah bekerja di tempat yang sama dan tinggal bersama.Walaupun selepas dia berkeluarga we still stay together. Masa hari pertama perkahwinan dia, aku rasa janggal kena tidur sorang-sorang kerana dah terbiasa tidur sebantal dengan dia.Sekarang baru nak belajar hidup berasingan.uwaaa!!!

^_^ pssstttt...dulu aku selalu berangan-angan nak wujudkan persatuan kembar semalaysia. ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Mewarnakan rambut dengan inai

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO