Rantai Hati Yang Berkarat

Gegelung dawai membelit hati
Hingga  sukar dileraikan
Keangkuhanmu  tinggi di awan
Kejahilanmu tidak bertepi

Oh…alangkah ruginya
Menghulur kerana nama
Tidak kau endah untuk menempatkan diri
sebagai penghuni syurga
Asalkan istana dunia milikmu

Entah esok atau lusa
Masanya akan tiba
Memamah semua
Yang tinggal hanyalah dirimu yang alpa
Jasadmu membusuk di neraka

Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Azam

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE