Bukan Pengemis Cinta

Wahai sang kumbang
Aku adalah bunga segar
Yang mengharapkan mu 
singgah bukan sebentar
Bukan hanya menghidu wangianku
Mengambil manis-manis maduku

Aku adalah bunga mekar
Yang mengharapkanmu menyunting tangkaiku
Tuk dijadikan perhiasan kalbu
Tuk selamanya bersatu

Wahai sang kumbang
Cukup tuk kau tahu
Bahawa aku bukan pengemis cinta

Hasil nukilan : Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

Profil 16 Peserta Bintang RTM 2018

VIDEO